Assalamualaikum wbt....
Terpanggil cik Apple untuk berkongsi cerita terbaru negara...... ecehh!! macam orang besar-besar je hehe.... tak delah... sebenarnya dalam bulan ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam negara kita. Tanpa sedar sebenarnya kita semakin hampir ke penghujung zaman... Masya Allah...
Cerita 1 :
Misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac memang cukup menggemparkan negara kita. bukan setakat negara malah seluruh dunia turut terkejut dengan misteri kehilangan MH370... Pesawat Boeing 777 yang sepatutnya mendarat di Beijing, China telah terputus hubungan dan tidak dapat dikesan semasa berada di antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Apapun setakat ni cik Apple tak nak mengulas lanjut kerana hanya Allah sebaik-baik perancang berhubung apa yang telah berlaku. Terlalu banyak spekulasi, andaian dan ramalan yang cik Apple baca di laman-laman sosial dan ada beberapa kesimpulan yang cik Apple boleh anggarkan tetapi siapalah kita untuk meramal sesuatu yang belum pasti. Biarlah mereka yang pakar membuat keputusan dan demi menjaga hati dan perasaan keluarga penumpang juga. Sehingga kini (hari ke 18) pesawat masih belum ditemui. Namun jauh disudut hati, cik Apple masih berharap semua penumpang dan krew MH370 terselamat dari segala musibah dan bencana walaupun akal yang waras menyatakan sebaliknya. Al-fatihah....
Cerita 2 :
Musim panas yang berpanjangan di negara kita dalam bulan Mac ni turut mengakibatkan paras air di empangan semakin berkurangan dengan cepat. Sampaikan di sesetengah negeri terpaksa membuat catuan air termasuklah negeri kelahiran cik Apple ni... Selangor. Hasilnya di tempat kerja cik Apple (Shah Alam) terlibat dengan jadual catuan 2 hari ada air dan 2 hari takde air... Alhamdulillah... sekurang-kurangnya masih ada air untuk meneruskan rutin harian dan rumah cik Apple setakat ni langsung tak terlibat dengan catuan air begitu juga dengan kampung halaman cik Apple. hehehe...... sila jeles ok!!
Cerita 3:
Percutian ke Vietnam antara cik Apple dengan opismate juga sedikit sebanyak turut mewas-waskan.. Hinggakan ke saat-saat akhir hampir-hampir saja ingin menarik diri dari meneruskan percutian yang telah setahun dirancang. tetapi Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar. Al maklumlah... kehilangan pesawat pada 8 Mac dan penerbangan kami ke Vietnam pulak adalah pada 12 Mac... masih panas dan hangat isu kehilangan pesawat boeing 777 ni. Cerita selanjutnya tentang percutian ke Vietnam ni akan di buat pada entri lain kelak. Hehe....
Cerita 4:
Pilihanraya kecil Dun Kajang yang berlangsung hujung minggu lepas (23 Mac) menyaksikan kemenangan berpihak pada parti PKR Dr. Wan Azizah... Tahniah pada beliau dan semoga dapat memimpin dan membangunkan kawasan Kajang InshaAllah... berhubung politik ni cik Apple tak berani nak komen lebih-lebih. Hehehe.... cukuplah setakat ni je
Nota : semoga Malaysia masih aman dan selamat
No comments:
Post a Comment