Tuesday, September 11, 2012

Salam Aidilfitri ~ entri tertunda

Assalamualaikum....

Memang tertunda betol entri cik Apple ni kan....??! yelah dah masok 24 Syawal pon harini baru nak buat entri raya hikhikhik..... nak buat macam mane xde mase nak jenguk2 belog ni.

Oklah... nak cerita sikit raya tahun ni.. agak berlainan bagi kami adik beradik pertama kali menyambut hari raya tanpa arwah emak. suasana raya masih macam biasa disebabkan kesibukan xdelah nak sedih2 sangat cuma saat2 yang terasa sangat tu bila waktu bermaaf-maafan dan bersalam-salaman di pagi syawal. keriuhan dan keceriaan mengutip duit raya sambil menyakat dan bergurau senda tiba2 menjadi senyap sepi seketika... (kata org bila suasana riuh tiba2 jd senyap ada malaikat lalu..... atau mungkin arwah pulang seketika ke rumah) senyap dan sayu sangat... :(  sempat menjeling encik Bos dan melihat airmatanya bergenang hurmm......

Kami adik beradik beramai2 melawat pusara arwah sejurus selepas bermaaf2an...encik Bos pulak tak nak ikut sama mungkin sedih kot... adalah dlm 4 bijik kereta yg pergi... kakak cik Apple pulak tanam pokok puding yang cik Apple beli dipusara... mudah2an hidup subur hendaknya.

Kejap rasanya masa berlalu Ramadhan dah pon berakhir.... Syawal hampir berlalu begitu lah adat dan resam kehidupan duniawi.... tahun depan belum tentu umur panjang untuk sama2 menyambut Ramadhan dan Syawal lagi. mudah2an cik Apple terus diberi kekuatan dan ketabahan inshaAllah.... Amin

No comments:

Post a Comment