Sunday, September 23, 2012

sambutan raya JPS dan baby baru

Assalamualaikum.....

Raya dah abes... entri ni dah lama terperuk mintak di post tp disebabkan kekangan masa utk mengupdate gambar sampai jadi pekasam la gayanya.... xpelah buat masa ni letak gambar yg tak di touch up dulu la..... jgn marah ok!!!.... hehe. Almaklumlah sekarang kerja opis dah mcm ribut salji nasib baik tak jadi gunung berapi yang dah meletup tu kan....hikhikhik.... naseb badanlah dapat keje yg ada diskriminasi tugas nak buat camne kan.... kan.... tu yg sejak 2 menjak ni tak sempat nak jenguk belog ditambah pulak dengan tempahan bunga telor yg alhamdulillah.... rezeki. tu pon susah jugak... nak kata untung xdelah cukup lah sekadar lepas duit minyak pon still ada yg complain..... haihhh!!! manusia yg tak pernah puas ni payahla....

Oklah malas nak membebel (perasan gak skrg dah kuat membebel....hehehe) Cik Apple nak post gambar2 sekitar majlis jamuan hari raya opis yang dibuat pada jumaat (7/9/12) yang lepas.

Opps!!! gambar xde yg ni gambar masa pegi tgk baby baru



hahaha......muka2 mereka yg suka berposing dan suka makan. tgk la pinggan masing2 tu ishh...ishh...!!
laksa again.... dah kenyang pon still nak makan kalau nampak laksa ni huhu....

Friday, September 14, 2012

ke'bizi'an buat tempahan

Assalamualaikum.....

Salam jumaat semua.... dah tak rancak nak mengupdate belog sejak dua menjak ni disebabkan kesibukan menyiapkan tempahan pelanggan.... (ecehh!! mcm bisneswomen plak bunyinye hehehe...) ape la agaknya yg di bisnes kan oleh cik Apple ni kan... ahaks. kalau nak tau tgkla gambar kat bawah ni ~

bunga telur tema coklat / peach oder dari kawan adik cik Apple untuk majlisnya di kampung sebanyak 50pcs. cik Apple siapkan masa cuti raya sampaikan baju raya sendiri pon xsiap hurmmm..... :(
bunga telur hijau ni request dari kawan opis punya jiran (ye ke??) sebanyak 100pcs utk majlis kawinnya lepas raya tadi jugak.... sampai tak tido mlm menyiapkannya kerana dia ubah tarikh last minute nak awal seminggu dari tarikh asal yg dijanjikan..... huuwwaaa.....
Gambar kek kat bawah ni saje jer nak tunjuk yg kek ni cik Apple buat masa open house kat umah kakak aritu (1/9/2012). kek kukus asam manis negeri kedah ahahaha....... (hijau kuning kan!!) menu hidangan lain xsempat nak snap disebabkan sibuk melayan tetamu yg xputus datang. Alhamdulillah

ni pulak kawan opis yang datang..... thanks for coming. cik Apple jemput 4 orang jer kwn opis yg dok area klang jer sebabnya tak plan nak join open house dan memang plan asal nak balik kampung minggu tu...

Tuesday, September 11, 2012

Salam Aidilfitri ~ entri tertunda

Assalamualaikum....

Memang tertunda betol entri cik Apple ni kan....??! yelah dah masok 24 Syawal pon harini baru nak buat entri raya hikhikhik..... nak buat macam mane xde mase nak jenguk2 belog ni.

Oklah... nak cerita sikit raya tahun ni.. agak berlainan bagi kami adik beradik pertama kali menyambut hari raya tanpa arwah emak. suasana raya masih macam biasa disebabkan kesibukan xdelah nak sedih2 sangat cuma saat2 yang terasa sangat tu bila waktu bermaaf-maafan dan bersalam-salaman di pagi syawal. keriuhan dan keceriaan mengutip duit raya sambil menyakat dan bergurau senda tiba2 menjadi senyap sepi seketika... (kata org bila suasana riuh tiba2 jd senyap ada malaikat lalu..... atau mungkin arwah pulang seketika ke rumah) senyap dan sayu sangat... :(  sempat menjeling encik Bos dan melihat airmatanya bergenang hurmm......

Kami adik beradik beramai2 melawat pusara arwah sejurus selepas bermaaf2an...encik Bos pulak tak nak ikut sama mungkin sedih kot... adalah dlm 4 bijik kereta yg pergi... kakak cik Apple pulak tanam pokok puding yang cik Apple beli dipusara... mudah2an hidup subur hendaknya.

Kejap rasanya masa berlalu Ramadhan dah pon berakhir.... Syawal hampir berlalu begitu lah adat dan resam kehidupan duniawi.... tahun depan belum tentu umur panjang untuk sama2 menyambut Ramadhan dan Syawal lagi. mudah2an cik Apple terus diberi kekuatan dan ketabahan inshaAllah.... Amin