Monday, May 2, 2011

Kawin... kawin... kawin





Salam...


Sempena cuti umum hari pekerja 1 Mei yang lepas banyak jemputan kawin yang diterima oleh cik Apple dan hanya 2 jemputan yang dapat dipenuhi memandangkan cik Apple pun bercadang bercuti ke kampung halaman


Antara gambar barang-barang hantaran buat pasangan pengantin, akceli ada banyak lagi tapi malas nak post banyak2 dalam entri ni cukuplah sekadar sekeping dua dan gambar kenangan cik Apple dengan pengantin... hikhik nak ambil aura sikit so kena la bergambar sebelah pengantin kan ahaks...


Sebenarnya pengantin ni merangkap jiran depan rumah cik Apple... kawan bermain dulu kala masa kecik-kecik. Persiapan untuk majlis ni diuruskan sepenuhnya oleh adik beradik dia dah takde mak+ayah tapi cukup meriah dan vougue gitu jika majlis begini dibuat dikampung. Almaklumlah anak bongsu dan sebagai penutup majlis.


Dan ni pulak gambar kawan masa belajar di sekolah menengah cik Apple aka SAMBT huhu.... datang pun dah lewat selepas habis rewang kenduri jiran depan rumah dalam pukul 1.00pm. So, dapatlah berborak lama sikit dengan pasangan pengantin baru kita ni. Sambil-sambil tu dapat berjumpa dan bergambar sekali dengan kawan-kawan satu sekolah dulu yang hadir sekali pada majlis ni.





Sempat posing dengan pengantin sebelum melangkah pulang dan walaupun sibuk melayan tetamu sempat jugak melayan kawan-kawan... ni yang best. Semoga mereka kekal ke akhir hayat insyaAllah... Amin

Nota : Tahniah buat kawan-kawan yg menamatkan zaman bujang :)



No comments:

Post a Comment