Monday, October 25, 2010

Ujian itu..... dariNya

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya... ke mana hilangnya sinar... rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi... "

:)

No comments:

Post a Comment