Thursday, December 30, 2010
Becoming 2011
Tahun 2010 sudah hampir ke penghujung dan tahun 2011 menjengah tiba....setahun sudah berlalu dan berbagai-bagai pahit getir, asam garam, masam manis kehidupan yang telah dilalui oleh cik Apple....namun, segalanya telah pun dihadapi dengan ketabahan, kesabaran dan kegembiraan....
Moga kehadiran tahun baru 2011 membawa 1001 kehidupan baru buat cik Apple....insya Allah
Amin..
Friday, December 17, 2010
Disember yang serabut
untuk ibu... terpaksala rela berkorban. mudah2 my mom cepat sembuh... insyaAllah...Amin
Jemputan kawin pulak janganla citer time cuti sekolah nie... sampaikan ada yang siang2 reject xnak pegi sebab jauh dan ada dua jemputan lain hari yg sama...sori sgt2 kepada pasangan syuk n aisyah kerana xdpt hadir majlis kalian nun di terengganu. ni xmasuk dengan jemputan kawan bertunang, besday anak n etc... aritu masa otw balek kg siap kira khemah pengantin kat tepi jln punyala byk... tu baru yg kat tepi jln klang-sg besar.
Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
semoga tahun ini memberi seribu satu kenangan terindah
amin...
Cuti awal muharram nie cik Apple tak de aktiviti lain. so buat lagi apam pelangi... tp kali ni xpelangi sangat la.. 2 colour jer..
Apam pelangi biru vs kuning... tengahari pulak big brother cik Apple datang bawak pesanan coklat semasa keberangkatannya ke Langkawi... apalagi melantak la anak buah cik Apple coklat ni... nasib baik sempat disimpan sedikit sebelum licin dikerjakan budak2 nie... my feberet choc
Friday, December 3, 2010
Apam pelangi
Search punya search kat internet... majoriti resepi apam ni guna gram.... alamakk.... manala cik Apple ada timbang kat umah ni... tanya punya tanya... nasibla ada member opis yang sudi kasi pinjam timbang umah dia... hehehe.... hasilnya... dapatla cik Apple buat apam pelangi ni semalam... yummy...nyum... anak buah punyala excited nak rasa coz colour dia menarik. kalau pekena dengan kelapa mesti lg best dan terangkat.
Hasilnya kuih apam setelah siap dimasak... kat tengah tu basah sebab cik Apple xtutup penutup kukus dengan kain... (rajin sangat..)
Siap untuk dimakan... anak buah cik Apple cakap nak makan 'kuih sedap' dan sorang lg cakap nak 'kuih cantik'... kembang cik Apple... walhal colour kuih ni jer yang menarik... huhuhu
Thursday, December 2, 2010
Salahkah memilih...??
Bagi cik Apple mungkin belum tiba jodoh yang dinanti-nantikan...dah puas berdoa dan berusaha namun suratan masih belum tiba... cik Apple redho namun ada sesetengah insan yang tak memahami keadaan dan situasi cik Apple... tak pelah mungkin perjalanan hidup mereka telah dipermudahkanNya dan tak sesukar perjalanan hidup yang telah dilalui cik Apple..
Salahkah kita memilih?? sedangkan bila nak membeli barang di pasar pun kita akan pilih yang terbaik inikan pula pasangan hidup....bak kata orang 'kalau nak pilih biarlah berpada' dan 'ukur baju dibadan sendiri'... kita pun kenalah sedar siapa diri sendiri kan... 'Jangan terlalu inginkan insan yang sempurna kerana insan yang sempurna itu tak mungkin sempurna buat kita'.... bak kata mat saleh..'nobody perfect' kan ahaks.
Monday, November 29, 2010
Gardening time....!!!
ermm.... aktiviti cik Apple hujung minggu ni adalah berkebun... tanam bunga...
Actually sebenarnya ni bukan cik Apple punya aktiviti tp kakak cik Apple punyer projek bunga lidah buaya or lidah jin (tak tau nama pokok ni ape..) so... cik Apple ni cuma menyibukkan diri jela... hahaha... bak kata org 'hangat2 tuttt ayam' tp pokok kaktus ni sebenarnya atas request cik Apple sendiri... tak sabar nak tgk kaktus ni berbunga... chantekkk sgttt... cik Apple suka tgk kaktus ni kat umah org masa raya baru ni.. then xsangka permintaan ditunaikan... so....still waitinggg.... its flower... so beautiful...i loikee...
Inilah bunga-bunga kaktus cik Apple.... cantik tak??? masih tunggu ia berkembang
Thursday, November 25, 2010
Kek Coklat (kukus + bakar)
Kek coklat bakar... lg sedap rasanya... lemak berkrim. walaupun 1st time buat tp menjadi... lepas ni leh buat lg...
Monday, November 22, 2010
Lagi... lagi... kawin
Time cuti sekolah ni apalagi banyaklah jemputan kawin yg diterima cik Apple.... Alhamdulillah kwn2 cik Apple dah melangkah ke satu fasa yg baru..... semoga mereka berbahagia ke akhir hayat kerana itulah kehendak setiap pasangan yg berkahwin
Tp cik Apple...?? mungkin belum sampai seru... i'Allah akan tiba juga nanti doakanlah ye..
Terkadang takut jugak utk melayari internet....terutamanya email dan fb...bukan cik Apple xsuka... walimah tu kan wajib dihadiri tp terkadang seakan fobia utk mendengar pertanyaan teman2 "kau bila lagi" atau "memilih sangat kot"
Apapun...hanya Allah saja yg Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat.
Thursday, November 18, 2010
SaLam AidiLadHa
Banyak lembu2, kambing atau unta mungkin yg telah dikorbankan diseluruh negara (alhamdulillah...) sehinggalah 12 Zulhijjah ni... insyaAllah. tp family cik Apple thn ni xberkorban la pulak... xpelah mungkin thn depan family kitorg berkorban lg mcm thn lepas dgn seekor lembu... seronok rasanya suasana gotong-royong masa tu....
Oklah... cik Apple nak cerita menu pagi raya haji ni.... yummy... delicious... walaupun simple tp sedaaaap.... hahaha... puji diri sendiri la plak. Actually menu ni dpt dr senior opismate then aplikasikan menu dgn resepi kat internet...
Rendang Ayam Cili Padi
Masa 1st rasa after siap masak rendang nie..... woww.. PEDAS gilerr..rasa cam salah buat jer tp ikutkan dah letak bahan2 kurang dari yg sepatutnya. Dengan rasa bersalah (takot budak2 xtahan pedas) cik Apple biarkan rendang yg dah siap masak.
Keesokkan paginya... (hari raya la) cik Apple panaskan rendang utk dihidangkan sebagai juadah pagi raya.... alhamdulillah rendang dah jadi sedap dan kurang pedas.... rupa2nya rendang ni memang camtu... mula2 siap masak akan rasa bahang pedas tp lepas dihangatkan ia akan jd sedap....
Ayam Masak Merah
Ni plak ayam masak merah 'my faberet'.... tiap kali raya mesti nak makan masak merah ni sebab rasanya sedap.... pedas2 manis.... Satu lagi cik Apple buat masak lodeh tp xsempat nak snap pic coz time ni dah tinggal kuah jer...huhu. Actually...sumenya SEDAP.... mkn dgn nasi impit, lemang n ketupat palas.... yg xbestnya langsung xde menu daging time raya korban ni...
Tuesday, November 9, 2010
Kek Bakar 'yang terbakar'
Second trial --> Inilah dia kek bakar hasil air tangan cik Apple.....resepi ni dapat dr senior officemate cik Apple.. Masa 1st trial cik Apple buat aritu tak jadi...macam tak masak kat tengah. So..., utk 2nd trial ni kek telah dibakar 2kali 40min+40min = 80min, tu yg jd hitam terbakar tp so far kek masak la...dan rasanye...ermm...marvelous....bak kata pepatah "don't judge book by it cover" bermaksud walaupun rupenye hitam tp rasanye sedap...hehe
cik Apple suka kek ni sebab resepi dier gune butter dan susu... jd rasanye lemak2 berkrim...nyum nyum....pasni cik Apple nak try lg tp nak bakar 60min je... tak la dier nampak hitam terbakar sgt kan hehe....sebab tu lah cik Apple namakan dier kek bakar yg terbakar....
.:: ingatlah pesanan ::.
1) sentiasa bersangka baik dan elakkan buruk sangka dengan org lain
2) jaga mulut dengan setiap patah perkataan yg ingin diucapkan
3) banyakkan beristigfar jika terlintas perkara yg xelok.......
InsyaAllah....cik Apple akan cuba praktis dan ingat pesanan ustaz nie... tak salah mengamalkan perkara yg baik...betul tak??
Tuesday, November 2, 2010
my BeSt day
Tinggal memori
rindunyer pada mereka....apalah cerita dan perkembangan terbaru mereka kini..... semuanya hanya tinggal memori....
gambar ni masa cik Apple dan coursemate buat study group kat dlm bilik perbincangan perpustakaan Abd Samad, UPM....al-maklumlah final year merangkap final semester so kenalah study smart tp sebenarnya time ni baru ktorg nak study hard.... bak kata org baru nak mesra. (abg faizal, huda, cik Apple, fatin n lidia)
Oh dunia...
Inilah dunia cik Apple kini.... "Allah takkan menguji hambanya dengan sesuatu yg tak mampu dilaluinya...." mudah2an cik Apple diberi kesabaran dan ketabahan utk terus melalui kehidupan yg penuh dengan dugaan dan cabaran ini...
Apapun..... mulakan pagi ini dengan senyuman..... :-) smile
Friday, October 29, 2010
Damailah HATI.....
Cik Apple cuba mengusir perasaan itu tetapi ia tetap menguasai hati.....mengapa sukarnya menenangkan hati cik Apple kali ini.
Namun, seandainya dia tercipta untuk cik Apple....tiada kata yang dapat cik Apple gambarkan....tiada bicara yang dapat diluahkan.... hanya sujud syukur cik Apple kepadaMu Tuhan kerana telah memakbulkan permintaan hamba mu ini....
Pastinya air mata bahagia akan mengalir buat cik Apple..... Amin..
Wednesday, October 27, 2010
Impianku
Serta merta cik Apple menahan airmata yg bergenang agar tak tumpah....Ya Allah kuatkanlah semangatku...
Terdetik dihati cik Apple...mungkinkah impian supaya orang tua sendiri yg mewalikan pernikahan suatu hari nanti akan tercapai.... dan dapatkah mereka melihat pernikahan dan hari bahagia cik Apple sedangkan kesihatan mereka semakin hari semakin membimbangkan kini...
InsyaAllah....doaku untuk mereka sentiasa mengiringi tiap waktu solatku.....
Tuesday, October 26, 2010
.::Pertemuan itu.. .::
melihat gambar xserupa dengan melihat secara 'live'...getarannya hanya Tuhan yang tahu...
resah dan gelisah xhilang dari pagi dan mungkin bawa ke malam...masyaAllah kuatnya perasaan itu...
Apapun...semuanya telah selesai kini.... alhamdulillah...syukur...
mudah2an diberi ketabahan untuk menghadapi sebarang keputusan....ku memohon petunjuk dan kirimkanlah sedikit kekuatanMu padaku Ya Allah....
Monday, October 25, 2010
Ujian itu..... dariNya
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya... ke mana hilangnya sinar... rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi... ":)
Monday, October 18, 2010
Budget 2011
Banyak isu yg cuba di ketengahkan...
Antara yg menarik minat....skim pinjaman perumahan pertama...
ermm....memberi peluang untuk pada golongan muda membeli rumah pertama tanpa 10% deposit.....memang menarik..
dan yg berkaitan dgn tugas harianku pastinya cuti bersalin 90hari.....byk yg salah fahm ttg kemudahan cuti bersalin 90hari....pepun kelayakan cuti bersalin kakitangn awam hanya 300hari sekali dlm perkhidmatan. ini bermakna 90hari x 3 = 270hari... terhad 3org anak sahaja... tp jika memilih 60hari masih berpeluang mendapat 5org anak... 60hari x 5 = 300hari
itu saja setakat ini...
Monday, October 11, 2010
SPECIAL DATE 2010
ape lagi 10.10.10...banyak yg memilih dan mengabdikan tarikh yg dianggap special dan menarik utk thn 2010 ini..
ape pun...didoakan semoga mereka sukses selalu...
impian pasti kan jd kenyataan....amin
Monday, September 20, 2010
Salam Lebaran 2010
Semoga kehadiran lebaran kali ini lebih membawa erti dalam kehidupan seharian kita. Ampunkan semua salah dan silap sekiranya ada sama ada sengaja mahupun tidak...semoga dengan berlalunya lebaran kali ini ikatan silaturrahim antara kita akan terus berkekalan hendaknya....Amin...
sentiasalah berdoa agar dapat berjumpa kembali di lebaran thn hadapan... :)
Friday, August 6, 2010
Kebahagiaan dalam perpisahan....
Sayonara....gud bye....
perginya seorang bos.......adakah hari esok membawa bahagia atau derita..???? selagi masih bernafas dan selagi terdaya...perjuangan perlu diteruskan dengan redha..mungkin disini adalah rezeki untukku dan sesungguhnyaa Allah itu Maha Mengetahui...tidak terlafaz dengan kata-kata dan tidak terucap dengan perkataan...Mungkinkah ada kebahagiaan dalam perpisahan??????
Thursday, June 24, 2010
Selamat Hari Lahir ke-28
Hari : Khamis
Hari ulang tahun kelahiran yang ke 28.....ermm...umur pon da meningkat lg sthn...terima kasih pada kwn2+sahabat handai yg sudi mengucapkan selamat pdku....terima kasih atas ingatan kalian...amin...i'allah doa kalian semua akan dimakbulkan satu masa nanti...hadiah???tidak mengharapkan sebarang hadiah special pon...almaklumlah xde sape nak bagi hadiah...huhuhu...sedih la plak...
Pepun...tu semua xpenting....yang penting....bersyukur sbb masih diberi peluang utk meneruskan lg sisa2 kehidupan ini dgn bahagia dan gembira w/pun tak begitu sempurna...semua menginginkan kesempurnaan tetapi bukan mudah untuk mencipta kesempurnaan itu....
Akhir coretan....... SELAMAT HARI LAHIR KE 28.....
Monday, June 21, 2010
'Dia' bukan tercipta untukku
'Dia' yang kuharapkan bukan milikku...walau pernah tersimpan disudut hati dan masih mengharap tetapi melihatkan kebahagiaan 'dia'...aku pasrah meletakkan jodohku bukan bersamanya..semoga 'dia' berbahagia hingga ke akhir hayat...walau payah dan pedih...itu adalah yang terbaik buatku dari terus mengharap harapan yang tak pasti....kata orang sayang perlu di zahirkan....ermm...mungkin terlewat untuk menzahirkan perasaan itu padanya..bila hati nekad untuk melafazkan 'dia' sudah menemui cinta sejati....lantas cik Apple terus membawa diri dengan memulakan kehidupan di tahun 2010 dalam kepiluan....
Sesuatu yang sukar cik Apple lakukan ialah menghadiri majlis perkahwinan 'dia'.....walau ada teman2 yg mengatakan "biar betol..." itulah hakikatnya...warna pilihan majlis perkahwinan 'dia' adalah warna kesukaan cik Apple yg mungkin pernah 'dia' ketahui...xpelah....hati telah pasrah kini...
Friday, June 18, 2010
cuti-cuti Malaysia...
Tarikh : 12/6/2010-14/6/2010
Puncak Arabella.....3hari 2malam....percutian yg menyeronokkan walaupun cuaca xbegitu mengizinkan....banyak tempat ktorg pegi antaranya ladang teh, strawberi....kea farm...jln sesak jgn cerita la coz cuti sekolah...tmpt yg dekat pon mkn mase yg lama utk sampai...
i'allah....ada peluang boleh pegi lg....hurmm....ntah bl la ms 'itu' akan tiba...