Tuesday, August 29, 2017

Percutian budget ke Bali

Assalamualaikum wbt...

Untuk entri kali ini cik Apple ingin berkongsi cerita di sebalik percutian cik Apple dan kawan2 ke Bali, Indonesia pulak. Percutian selama 4 hari 3 malam.. harga flight lain, harga pakej rm790 seorang termasuk hotel, makan, tiket masuk dan transport sekali. Kami pergi 4 orang jer... 20 - 23 April 2017. Malam selepas habis function ofis di Casuarina Hotel, Meru terus ke Terminal Amanjaya, Ipoh naik bas untuk ke KLIA, bas pukul 11.30 malam dan kami sampai 11.25 malam, bas terus bergerak on time. Bas direct dari Ipoh ke KLIA ada 2 company.. satu Yoyo dan satu lagi Star Shuttle.. cik Apple naik bas Star Shuttle harga bas cik Apple RM42.00 sehala. 11.30 malam bergerak dan sampai di KLIA dalam 2.30 pagi.. flight kami Malindo Air jam 7.30 pagi.. sementara tunggu check in... kami tido dulu di surau KLIA.. jam 5.30 pagi dah standby untuk daftar masuk dan luggage.. mahu tak ngantuk kami hari tu.. zzZZZzz... 

Semasa di aiport KLIA menunggu panggilan masuk

HARI PERTAMA
Sampai di lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali lebih kurang jam 11.00 pagi lebih.. pak supir dah menunggu di luar memegang kertas bertulis nama kawan cik Apple.. nama pak supir kami Pak Suwa.. nama penuh tak ingat adeh!! hihi.. Destinasi pertama kami dibawa ke tempat water sport.. harga untuk setiap sukan air hmmm... boleh tahan jugak!! boleh habis semua duit rupiah kami kalau main jugak. Cik Apple ni dahla tukar 1.5 juta jer duit bersamaan RM507.00 memang awal-awal tak berminat nak main air.. tapi sukan air dorang memang menarik termasuk belon, scuba, tengok penyu dan lain-lain lagi lah. Selepas menolak dengan alasan yang kukuh, kami request nak buat spa tapi nak yang murah-murah je..yelah takkan hari pertama dah pokai duit kami. Maka sampailah kami di Adi Spa.. Tempat menarik dan agak exclusive.. tengok punye tengok harga pun boleh tahan jugak tapi disebabkan tak nak menghampakan pak supir, maka kami buat jugakla 'bali massage' Rp400,000 lebih kurang RM150.00, urutan sedap dan puas hati cuma harga jelah grrr....


Kereta yang ambik kami dan bawak berjalan untuk hari pertama
  
Tempat kami buat spa.. ADI SPA

Selepas sesi urut mengurut, kami di bawa pulak ke Uluwatu Temple, untuk melihat pemandangan laut yang cantik.. ada persembahan tarian Kecak.. tapi sebab kena bayar, maka kami tolak untuk melihat persembahan tersebut.. satu budaya dorang ni.. masa persembahan adalah pada waktu maghrib huhu... maka setelah menghabiskan masa di tepian gunung kami di bawa pulak ke pantai Jimbaran untuk menikmati makan malam.. makanan seafood memang sedap la.. cukup puas hati dapat makan di tepi pantai dengan deruan bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa fuhhh!! selepas kenyang makan, barulah kami di bawak ke hotel untuk 'check in'. Hotel Fave.. murah je ala-ala budget hotel jugak..yang penting makanan dorang serve halal kan.. Hotel ni dekat je dengan pantai Kuta... jalan kaki dah sampai. Masuk hotel.. masing-masing terus mandi dan tidur... kepenatan dan seharian tak mandi tu.

Pemandangan d Uluwatu Temple.. cantik sangat!!

Semua kena pakai kain oren ikat kat pinggang.. adat mereka
Pantai Jimbaran
Dinner hari pertama - tepi pantai



Restoran Sea Side Café - dinner hari pertama

menu dinner - seafood. Best!!
Hotel Fave, Kuta
Bilik hotel kami
HARI KEDUA
Hari kedua kenderaan yang bawak kami adalah kenderaan lain. Selepas breakfast, kami dibawa untuk melihat tarian kebudayaan tradisional Barong (yang ni berserah jelah...ikut dalam pakej walaupun dah bagitau tak minat nak tengok..pak supir buat taktau je hmmm.. sakit hati).
Kereta hari kedua dan seterusnya
 
Persembahan Tarian Barong
 
Selepas tarian, kami di bawak ke tempat pembuatan perak/silver... harga dah macam harga emas...tengok jelah, lepas tu tempat buat kain batik (macam kat Malaysia takde je kan), kopi luwak (yang ni tak sanggup nak minum..walaupun dah bersih huhu) dan makan tengahari di Pergunungan Batur... memang cantik. kawasan gunung berapi yang dah meletup tapi kesan masih ada lagi... Kintamani Volcano nama tempat tu.


Kintamani Valcano
Lepas makan tengahari kami dibawak tengok sawah padi Tegalalang...tapi malang nasib kami sebab hujan lebat dan jalan jem..kenderaan takde tempat nak parking...kami hanya tengok dari dalam kereta je..memang frust sebab tempat ni sangat cantik. Jadi untuk mengubati hati kami yang lara pak supir bawak kami ke tempat shoping Cening Bagus..kami dengan perasaan frustrated, masuk-masuk.. pusing-pusing.. tengok-tengok terus nak keluar...fobia kena paw masih tak boleh nak move on lagi...  tapi sebab hari masih awal untuk makan malam..pak supir bawak kami ke Pantai Sanur untuk amik gambar dan tengok pemandangan laut... pantai dorang memang cantik tapi............. anjing merata-rata hmmm...cukup masa di pantai sanur..kami dibawak untuk makan malam sebelum kembali ke hotel. makan malam pun kami tengok tarian jugak.. (tak bleh blah..). balik hotel, tukar baju... dorang pun turun mandi swimming pool pulak ahaha....
 
inilah Cening Bagus... tempat shopping yang betul2 murah kalau nak compare dengan Agung Bali dan Krishna
 
Agung Bali.. mahal jugak
 
sempat lompat-lompat di Pantai Sanur.. adehh!!


kuih ni tak ingat apa nama tapi rasa manis-manis makan pulak dengan kelapa parut... sedap!!

12 jenis kopi pelbagai perisa.. free tester semestinya sedap!!

HARI KETIGA
jalan kaki je ke Pantai Kuta
sempat posing jap
Hari ini selepas sarapan pagi, kami berjalan untuk ke Pantai Kuta. Sebenarnya kami dah merajuk nak cancel semua tempat sebab nak pegi tempat shopping 'Krishna' ni semua gara-gara baca kat blog yang tempat Krishna ni best tapi bila masuk tengok-tengok... lagi mahal kot. hmmm... bincang dengan pak supir untuk ke Cening Bagus semula... pak supir pujuk dan bawak kami ke Agung Bali...tengok-tengok pun mahal jugak. Kami still nak ke Cening Bagus!! ahaha.. pak supir tukar tentative kami.. bawak kami pegi ke Tanah Lot, Bedugul dan Ulun Danu Temple...lepas makan tengahari baru ke Cening Bagus. Puas hati dapat shoping murah kot!! Keluar je Cening Bagus tengok dah gelap..punyala leka kat dalam tu... masa mula-mula bawak jual mahal sangat kan.. padan muka kami adeh!!... Lepas makan malam kami dihantar balik ke hotel semula. Tukar-tukar baju.. apa lagi keluar berjalan la sebab dah malam last kan...kami pi ronda-ronda dan last sekali pi buat urut kaki.. tapi kurang best dan memang patut pun murah hihi.. balik hotel packing barang-barang untuk balik esok pagi.

Tanah lot

HARI KEEMPAT
kat airport bali.. sebelum cek in nak balik
Lepas sarapan, kami bersiap-siap untuk ke airport dan pulang ke Malaysia.. huh!! tak sabar pulak rasa nak balik kan.hihi.. Malaysia!!! we are back!!

That all my story