Tuesday, July 26, 2016

Kesibukan tugas dan kerja

Assalamualaikum wbt...
 
 
Sempat menyelit sekejap membuat entri... cuma nak memaklumkan yang cik Apple baik-baik saje dan tak perlu risau dengan kejadian yang telah menimpa.
 
Kesibukan tugas dan kerja kini membataskan cik Apple untuk berfikir dan terus berfikir..... semoga cik Apple terus kuat dan tabah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya..
 
Program yang terancang sampai hari raya haji dah penuh - sambutan hari raya peringkat jabatan, sticker jabatan, laporan AKKPK (Lumut), PKP (P.Pinang), PIJ, mesyuarat perumahan, sambutan kemerdekaan, program korban (kalau jadi). tak sabarnya nak bercuti lagi.. cik Apple ada 2 pilihan sama ada join opis pegi Krabi hujung September atau ikut kawan ke Jepun tahun depan???
 
Going back to normal life... life must go on... yes I can do it!!!
 
Mood : rindu menjelma... owhh!! nampaknya tak boleh buat entri pasal ni lagi buat sementara waktu sehingga cik Apple betul-betul pulih sepenuhnya..
 
Wassalam

Saturday, July 16, 2016

Pelamin anganku musnah

Assalamualaikum wbt...

Di sebalik kesibukan sempat juga cik Apple mencelah menulis entri khas buat kali ini.. Yups!! entri khas tau... kalau nak tau kena baca hingga habis..

Sebenarnya cik Apple ada menyimpan beberapa entri yang hanya menunggu masa untuk di post bila tiba waktunya nanti tetapi........................ Nampak gayanya entri tersebut hanya tinggal kenangan buat cik Apple dan bukan buat perkongsian di belog ini. hmmm..... nak buat macam mana kan.

Oklah nak kongsi cerita sikit dalam entri khas kali ini dan sebab apa cik Apple nyatakan entri khas... huhu.... khas buat cik Apple je sebenarnya. Kalau dibaca pada tajuk macam sedih tak?? macam nak nangis tak?? memang tak la kan sebab tak tau ape cerita sebenarnya yang cik Apple cuba sampaikan dalam entri kali ni.

Sebenarnya ceritanya macam ni..... tapi sebelum tu pada kawan-kawan cik Apple yang baca belog cik Apple harap korang doakan apa yang terbaik buat cik Apple ye.. cik Apple ni dah lama bertahan tapi kali ni tak tahu lah kenapa rasa down sangat-sangat... selama ni memang boleh handle masalah macam ni 'kacang je' tapi untuk kali ni... Ya Allah memang rasa tak kuat dan takde kekuatan langsung...

Merancang untuk bernikah pada 16 September... lagi 2 bulan lagi walaupun majlis kenduri hanya diadakan pada bulan Disember... Ya!! tahun ni dan sedikit perancangan telah dibuat, telah dirancang dan telah diangan-angankan... namun...... perancangan Allah lagi baik buat cik Apple. senang cerita dah takde jodoh... keputusan yang cik Apple buat setelah memikirkan kebaikan dan keburukan masa depan cik Apple jika meneruskan jugak pernikahan ini. Sakit!!! memang sakit!!! terutama bila hati sudah mula timbul sayang tetapi terpaksa memutuskan perhubungan atas hakikat sebenar yang cuba disorokkan dalam perhubungan... ahaha.... bila di fikir-fikir balik sebenarnya siapa yang tak waras... cik Apple atau si dia??

Biarlah cik Apple cerita serba ringkas ye... perkenalan kami asalnya atas rekmen kawan opis lama. Kenal kejap je dalam sebulan dan 'dia' bersungguh untuk masuk meminang. Cik Apple mintak tangguh dulu sebab baru sangat kenal dan tak pernah jumpa langsung setakat tengok di wasap dan FB je... lepas jumpa dan berkenalan 'dia' bawak jumpa Mak Ngah 'dia' yang kebetulan menetap di Ipoh dan Mak Ngah 'dia' pujuk cik Apple untuk jumpa mak ayah 'dia' pulak. Di sebabkan yakin dengan kesungguhan 'dia' cik Apple pun jumpa lah mak ayah 'dia' dan restu telah diberikan tanpa sebarang masalah.... pada masa tu semuanya berjalan lancar dan nampak smooth jer.... lagi menambahkan keyakinan cik Apple mungkin 'dia' jodoh cik Apple.

Walaupun yakin.. cik Apple masih tak bawak 'dia' jumpa family lagi dan mengambil keputusan untuk kenalkan dengan keluarga masa datang merisik nanti je. Alhamdulillah... family semua takde masalah sebab itu pilihan cik Apple walaupun semua tak pernah jumpa 'dia' lagi... tapi biodata 'dia' dah tersebar dalam family cik Apple ahaha..... cik Apple siap kena intebiu macam-macam lagi masa bagitau nak kawin tu.. perancangan untuk bernikah awal dan majlis dibuat kemudian semua telah dimaklumkan dan dah bersedia.. lagi-lagi dah lama rumah en. Bos tak buat kenduri besar-besaran kan... nampakla sedikit keterujaan ahli keluarga di situ...

Nak dijadikan cerita mak 'dia' call cik Apple untuk menceritakan keadaan sebenar....agak terkejut di situ selepas mendengar cerita dari mak 'dia' sebab keadaan tak sama semasa cik Apple pergi ke rumah mak ayah 'dia'....macam ada kepelikan sikit... mula-mula restu tapi sekarang call cakap lain pulak.... dalam masa seminggu dari tarikh nak datang merisik... cik Apple siasat semua benda dari a to z jugakla walaupun cuma dapat sampai huruf s je... huhu. Yelah... majlis dah nak dekat. dapat pulak berita tak baik..sebelum ada ikatan.. sebelum keluarga jumpa baik siasat dulu... mujur ada kawan yang sudi membantu mendapatkan maklumat.. dan maklumat yang diterima semuanya betul 'dia' negative... Alhamdulillah.. Allah bantu sebelum semuanya berlaku dan syukur sebab keluarga cik Apple tak jumpa 'dia' lagi.

Dengan berat hati cik Apple jumpa 'dia' maklum untuk mintak tangguh dulu... dalam bahasa halus nak mintak putus hubungan kami.. Yups!! masa tu cik Apple kuat... cuba jadi kuat!! dan yakin boleh buat!!... oklah masa tu sibuk nak raya memang la tak terasa sedih sangat... Once dah balik keje semula cik Apple cuba sibukkan diri dengan keje yang memang tengah banyak... tetapi hati cik Apple ni kan lembut... tak perempuan la kalau tak lembut kan.. lagi-lagi bila ada sedikit sayang tu.. terasa sakit dan pedihnya membuatkan boleh dikatakan hari-hari cik Apple menangis... Ya!! hari-hari sampai harini mata pun dah bosan nak keluarkan airmata...

Rindu memang rindu.... sayang memang sayang... cik Apple betul-betul rasa down kali ini tak tau lah kenapa sebab Allah masih nak uji lagi dan memang tak kuat untuk meneruskan hidup dah rasanya... tapi Allah dah bagi petunjuk jadi cik Apple kena kuat teruskan kehidupan.. buat kawan-kawan yang membaca entri cik Apple ni.. doakan cik Apple kuat ye dan doakan jodoh yang terbaik buat cik Apple... doa kalian semua tak mampu cik Apple balas di dunia ini. Cik Apple sentiasa doakan semoga 'dia' berubah menjadi lelaki yang soleh dan berjumpa dengan isteri yang solehah. Amin...