Tuesday, July 26, 2016

Kesibukan tugas dan kerja

Assalamualaikum wbt...
 
 
Sempat menyelit sekejap membuat entri... cuma nak memaklumkan yang cik Apple baik-baik saje dan tak perlu risau dengan kejadian yang telah menimpa.
 
Kesibukan tugas dan kerja kini membataskan cik Apple untuk berfikir dan terus berfikir..... semoga cik Apple terus kuat dan tabah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya..
 
Program yang terancang sampai hari raya haji dah penuh - sambutan hari raya peringkat jabatan, sticker jabatan, laporan AKKPK (Lumut), PKP (P.Pinang), PIJ, mesyuarat perumahan, sambutan kemerdekaan, program korban (kalau jadi). tak sabarnya nak bercuti lagi.. cik Apple ada 2 pilihan sama ada join opis pegi Krabi hujung September atau ikut kawan ke Jepun tahun depan???
 
Going back to normal life... life must go on... yes I can do it!!!
 
Mood : rindu menjelma... owhh!! nampaknya tak boleh buat entri pasal ni lagi buat sementara waktu sehingga cik Apple betul-betul pulih sepenuhnya..
 
Wassalam

Saturday, July 16, 2016

Pelamin anganku musnah

Assalamualaikum wbt...

Di sebalik kesibukan sempat juga cik Apple mencelah menulis entri khas buat kali ini.. Yups!! entri khas tau... kalau nak tau kena baca hingga habis..

Sebenarnya cik Apple ada menyimpan beberapa entri yang hanya menunggu masa untuk di post bila tiba waktunya nanti tetapi........................ Nampak gayanya entri tersebut hanya tinggal kenangan buat cik Apple dan bukan buat perkongsian di belog ini. hmmm..... nak buat macam mana kan.

Oklah nak kongsi cerita sikit dalam entri khas kali ini dan sebab apa cik Apple nyatakan entri khas... huhu.... khas buat cik Apple je sebenarnya. Kalau dibaca pada tajuk macam sedih tak?? macam nak nangis tak?? memang tak la kan sebab tak tau ape cerita sebenarnya yang cik Apple cuba sampaikan dalam entri kali ni.

Sebenarnya ceritanya macam ni..... tapi sebelum tu pada kawan-kawan cik Apple yang baca belog cik Apple harap korang doakan apa yang terbaik buat cik Apple ye.. cik Apple ni dah lama bertahan tapi kali ni tak tahu lah kenapa rasa down sangat-sangat... selama ni memang boleh handle masalah macam ni 'kacang je' tapi untuk kali ni... Ya Allah memang rasa tak kuat dan takde kekuatan langsung...

Merancang untuk bernikah pada 16 September... lagi 2 bulan lagi walaupun majlis kenduri hanya diadakan pada bulan Disember... Ya!! tahun ni dan sedikit perancangan telah dibuat, telah dirancang dan telah diangan-angankan... namun...... perancangan Allah lagi baik buat cik Apple. senang cerita dah takde jodoh... keputusan yang cik Apple buat setelah memikirkan kebaikan dan keburukan masa depan cik Apple jika meneruskan jugak pernikahan ini. Sakit!!! memang sakit!!! terutama bila hati sudah mula timbul sayang tetapi terpaksa memutuskan perhubungan atas hakikat sebenar yang cuba disorokkan dalam perhubungan... ahaha.... bila di fikir-fikir balik sebenarnya siapa yang tak waras... cik Apple atau si dia??

Biarlah cik Apple cerita serba ringkas ye... perkenalan kami asalnya atas rekmen kawan opis lama. Kenal kejap je dalam sebulan dan 'dia' bersungguh untuk masuk meminang. Cik Apple mintak tangguh dulu sebab baru sangat kenal dan tak pernah jumpa langsung setakat tengok di wasap dan FB je... lepas jumpa dan berkenalan 'dia' bawak jumpa Mak Ngah 'dia' yang kebetulan menetap di Ipoh dan Mak Ngah 'dia' pujuk cik Apple untuk jumpa mak ayah 'dia' pulak. Di sebabkan yakin dengan kesungguhan 'dia' cik Apple pun jumpa lah mak ayah 'dia' dan restu telah diberikan tanpa sebarang masalah.... pada masa tu semuanya berjalan lancar dan nampak smooth jer.... lagi menambahkan keyakinan cik Apple mungkin 'dia' jodoh cik Apple.

Walaupun yakin.. cik Apple masih tak bawak 'dia' jumpa family lagi dan mengambil keputusan untuk kenalkan dengan keluarga masa datang merisik nanti je. Alhamdulillah... family semua takde masalah sebab itu pilihan cik Apple walaupun semua tak pernah jumpa 'dia' lagi... tapi biodata 'dia' dah tersebar dalam family cik Apple ahaha..... cik Apple siap kena intebiu macam-macam lagi masa bagitau nak kawin tu.. perancangan untuk bernikah awal dan majlis dibuat kemudian semua telah dimaklumkan dan dah bersedia.. lagi-lagi dah lama rumah en. Bos tak buat kenduri besar-besaran kan... nampakla sedikit keterujaan ahli keluarga di situ...

Nak dijadikan cerita mak 'dia' call cik Apple untuk menceritakan keadaan sebenar....agak terkejut di situ selepas mendengar cerita dari mak 'dia' sebab keadaan tak sama semasa cik Apple pergi ke rumah mak ayah 'dia'....macam ada kepelikan sikit... mula-mula restu tapi sekarang call cakap lain pulak.... dalam masa seminggu dari tarikh nak datang merisik... cik Apple siasat semua benda dari a to z jugakla walaupun cuma dapat sampai huruf s je... huhu. Yelah... majlis dah nak dekat. dapat pulak berita tak baik..sebelum ada ikatan.. sebelum keluarga jumpa baik siasat dulu... mujur ada kawan yang sudi membantu mendapatkan maklumat.. dan maklumat yang diterima semuanya betul 'dia' negative... Alhamdulillah.. Allah bantu sebelum semuanya berlaku dan syukur sebab keluarga cik Apple tak jumpa 'dia' lagi.

Dengan berat hati cik Apple jumpa 'dia' maklum untuk mintak tangguh dulu... dalam bahasa halus nak mintak putus hubungan kami.. Yups!! masa tu cik Apple kuat... cuba jadi kuat!! dan yakin boleh buat!!... oklah masa tu sibuk nak raya memang la tak terasa sedih sangat... Once dah balik keje semula cik Apple cuba sibukkan diri dengan keje yang memang tengah banyak... tetapi hati cik Apple ni kan lembut... tak perempuan la kalau tak lembut kan.. lagi-lagi bila ada sedikit sayang tu.. terasa sakit dan pedihnya membuatkan boleh dikatakan hari-hari cik Apple menangis... Ya!! hari-hari sampai harini mata pun dah bosan nak keluarkan airmata...

Rindu memang rindu.... sayang memang sayang... cik Apple betul-betul rasa down kali ini tak tau lah kenapa sebab Allah masih nak uji lagi dan memang tak kuat untuk meneruskan hidup dah rasanya... tapi Allah dah bagi petunjuk jadi cik Apple kena kuat teruskan kehidupan.. buat kawan-kawan yang membaca entri cik Apple ni.. doakan cik Apple kuat ye dan doakan jodoh yang terbaik buat cik Apple... doa kalian semua tak mampu cik Apple balas di dunia ini. Cik Apple sentiasa doakan semoga 'dia' berubah menjadi lelaki yang soleh dan berjumpa dengan isteri yang solehah. Amin...

Thursday, June 2, 2016

Girls trip : Percutian ke Bandung ~ Mei 2016

Assalamualaikum wbt..

Lama cik Apple menghilang baru kembali berkongsi cerita. Bulan Mei yang lepas cik Apple dan kawan opis lama bercuti ke Bandung, sambil membeli baju raya la kengkonon... Jauh betol nak cari baju raya kan?? ahaha....sambil-sambil makan angin dan menghabiskan duit.. pakej yang kami ambil 5 hari 4 malam turun di airport Jakarta sebab tiket ke Bandung agak mahal... pakej kami ambil lebih kurang RM485.00 plus tiket flight RM172.00 (tiket ni beli hujung tahun lepas lagi)


Masa sebelum bertolak di KLIA2... muka semua ceria sebab bawak duit juta-juta rupiah..


muka excited kan kami??
 
 
sampai di airport.. Soekarno Hatta, Jakarta


Masa ni kami semua dah kehabisan wang... sebab terpaksa ubah jadual program. Jadinya hari pertama dah mula shopping tak ingat dunia.. Pusing-pusing dekat Pasar Baru beli kain lace, telekung Siti Khadijah, t-shirt, freeze magnet.. pegi Toko 3 beli t-shirt lagi dan jeans. Kami juga dibawa ke Rumah Kain Sulam yang menempatkan bermacam-macam jenis corak sulam yang menarik. Walaupun dah takde duit sempat jugak rembat 4 pasang kain sulam untuk diri sendiri. ahaks.. Satu tempat lagi tak ingat pegi mana cik Apple beli jaket dengan belt sebab adik kirim. Dekat satu kedai je dah habis sejuta lebih sebab ada tempah baju siap terus. ahaha...padan muka cik Apple kan..


Muka kepenatan.. disuruh makan nasi ayam penyet jerebu...siap berasap-asap lagi masa dorang hidang kat kami.


Saja nak letak gambar ni... gambar yang kengkonon viral kat fb cik Apple ahaha.... candid dengan pak supir kami semasa di sana.. nama dia Pak Bowo.. baik sangat melayan karenah kitorang yang gila-gila dan sangat sporting.. high recommended!!


Ni gambar di depan hotel kami di Bandung... kami stay Hotel Zodiak.. makanan sedap tapi hotel bolehla.. kecik je bilik hotel dia. Sebab kami nak berjalan bukan nak duduk hotel sangat pon...so far... boleh laa.....


Ni sekali lagi makan Nasi Padang semasa bertolak dari Bandung ke Jakarta sebab kami akan bermalam semalam di Jakarta memandangkan flight awal pagi dan takut berlaku kesesakan jalanraya. Siapa yang dah pernah sampai mesti tau keadaan jalanraya di sana macam mana... tak boleh dijangka


Bergambar bersama pak supir... layankan aje

 
nice shoot hehe... candid
 
Balik dari berjalan-jalan, kami dibawak ke Rumah Kain Sulam
 
 
Muka happy nak balik Malaysia... Yahoooo!!!!

Saturday, March 5, 2016

Menghilang seketika mencari ketenangan

Assalamualaikum wbt..

Sekejap je timbul... ni dah tenggelam balik hehehe.. bukan tak nak update tapi disebabkan kekangan masa dan bebanan tugas yang terpaksa cik Apple laksanakan di awal-awal tahun ni agak membataskan masa dan waktu untuk cik Apple mengadap blog ni..
 
Keadaan ni yang membuatkan cik Apple sedikit tertekan. Ya!! sangat tertekan!! Yelah.. tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan dengan baik..biarlah orang tak nampak kita buat tapi Allah nampak dan tahu apa yang kita buat. Sebab tulah sekarang ni cik Apple masih lagi dalam proses istiqamah dan ikhlaskan hati dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.. barulah hati senang dan tenang. Tapi bukan senang nak tenang kan......
 
"Bila kita ikhlas, hati kita akan jadi tenang.. Pantulan keikhlasan dan ketenangan itu Allah akan pancarkan di wajah kita membuatkan orang sekeliling yang melihat kita juga akan berasa tenang dan damai"
 
Nampaknya cik Apple masih memerlukan istiqarah untuk mencari ketenangan tu dan semoga Allah dapat memberi bantuan agar dipermudahkan segala urusan cik Apple. Semoga ketenangan itu jadi milik cik Apple. Amin..
 
Nota : Masih mengejar Syurga Firdaus

Sunday, February 14, 2016

Sukarnya Istiqamah

Assalamualaikum wbt...

Gambar ihsan encik gugel
Semenjak balik menunaikan umrah ni cik Apple banyak bertawakal atas segala perkara yang bakal dan akan berlaku pada diri cik Apple.. banyak yang cik Apple doa masa di Tanah Suci aritu dan segalanya cik Apple serahkan pada Yang Maha Esa. Tapi... setelah baca dan dengar balik ceramah agama ada mengatakan bahawa setiap manusia telah ditentukan perjalanan hidup mereka sejak dalam perut ibu mereka lagi. Hmmm... cik Apple yang terleka atau sengaja buat-buat lupa bab tu mungkin... Mungkin ada sesetengah doa dan permintaan cik Apple Allah masih tak perkenankan membuatkan diri sedikit alpa dengan dunia ini.
 
Dan sebab tu juga Allah bagi peluang cik Apple sampai ke rumahnya buat pertama kali dan berharap bukan yang terakhir kali Insha Allah... Bila terkenang balik automatik perasaan rindu pada Rasullullah saw datang membuak-buak. 'Allah sampaikanlah aku ke sana lagi... Aku rindu!!!'
 
Ya!! sukarnya untuk istiqamah kalau iman tak kuat. Cik Apple memang mengaku iman cik Apple ni nak kata senipis kulit bawang pun belum tentu lagi. Betul lah orang kata... Allah nak uji iman seseorang salah satu darinya 'uji dengan kemewahan dan kesenangan' nak tengok dia kuat ke tak. Dan ternyata bila Allah uji cik Apple dengan kerjaya yang bagus dan gaji yang banyak.. sikit demi sedikit cik Apple ter alpa dengan keduniaan.. lupa padaNya. Ampunkan aku Ya Allah..
 
Kalau dulu masa susah (jawatan dan gaji SPM dengan hutang keliling pinggang) rajin puasa sunat, solat sunat dan sedekah tapi sekarang (jawatan dan gaji Pengurusan & Profesional) semakin jarang buat.. berdosanya rasa diri ni. Kenapa susah sangat nak istiqamah melakukan kebaikan, merebut pahala akhirat.. tapi nak masuk Syurga Firdaus... layak ke?? bila nak mula balik memang terasa berat.. syaitan menghasut jahat. Tapi cuba jugak teruskan istiqamah demi mengejar Syurga Firdaus. Semoga Allah bersama ku dan Rasullullah saw menjadi pembimbing ku. Amin!!
 
Hahaha... buat masa ni biarlah cik Apple berdoa Rasullulah saw sebagai pembimbing dari jauh. Kalau ada suami nanti semoga cik Apple dapat suami yang mempunyai impian dan tujuan yang sama Insha Allah...
 
Wassalam
 
Nota : semoga layak masuk ke Syurga Firdaus

Friday, February 12, 2016

Pengalaman Umrah 2015/2016

Assalamualaikum wbt...

Berkaitan dengan entri sebelum ni pasal kerinduan cik Apple pada Rasullullah saw.. rindu untuk ke sana lagi dan berharap dapat ke sana lagi insha Allah..

 
Alhamdulillah... penghujung tahun lepas cik Apple dapat menunaikan umrah setelah sekian lama berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci... hati memang meronta-ronta ingin ke sana tapi rasa macam mustahil dapat pegi dalam masa terdekat sebab satu bujang lagi so, takde mahram memang takkan lepas la dan kedua duit pun tak berapa nak ada sangat... yelah baru nak mula hidup baru di perantauan lah katakan...

Nak dijadikan cerita... encik bos ada bersuara untuk ke sana menunaikan umrah dan apa lagi melompatlah cik Apple meng'ofer' diri nak ikut...nak ikut jugak tak kira!! Allah permudahkan jalan...semua berjalan lancar sampaikan saat-saat nak pergi pun masih belum percaya 'betol ke aku ni nak pegi Tanah Suci buat umrah..' macam tak percaya Allah izinkan diri hamba yang banyak dosa ni menjejakkan kaki ke rumah Dia. Insaf rasa diri ni..

Cik Apple pegi bertiga dengan encik bos dan abang.. amik pakej Andalusia senang sebab comfirm visa senang lulus. Pegi 26 Disember 2015 dan balik Malaysia 6 Januari 2016.. Pakej yang kitorang amik ni agak mahal sikit RM 7k ++ sebab nak kan hotel yang dekat dengan masjid... al maklumlah encik bos bukan nya sihat sangat.. untuk memudahkan pergerakan encik bos sebenarnya.

Flight dari KLIA2 naik Airasia terus turun Jeddah, flight asal bertolak 2.00pm tapi delay dekat 3.30pm baru berlepas... sampai airport Jeddah pukul 1.20am waktu Malaysia (9-10 jam dalam flight) tapi kat sana baru masuk maghrib, pukul 4.00am baru semua lepas imigresen. Beza waktu Malaysia-Arab Saudi 5 jam pastu naik bas pegi Madinah dalam 6 jam... nak dijadikan cite masa kat airport nak naik bas.. kitorang silap naik bas pulak..beg dah siap masuk tempat barang..memang dugaan sungguh. Dalam bas memang tido puas-puas sebab dalam flight cuma dapat tido-tido ayam.. biasalah airasia seat dia kan sempit sikit tak selesa nak tido betul-betul tapi dapat makan 2 kali hihi... (nasi lemak + satay)

Sebelum sampai Madinah ada berenti makan kat RNR sana.. Wadi Kudat adalah kawasan rumah Ummu Mahbab (maaf kalau salah ejaan).. berenti makan dan solat isyak mana yang tak sempat solat kat airport Jeddah tadi.

Madinah

Sampai Madinah dah dekat Subuh..anta beg masuk hotel (kami duduk Hotel Gloria.. sangat dekat dengan Masjid Nabawi) terus turun masjid untuk solat subuh. Lepas solat rehat kejap lepas tu ada ziarah dalam kawasan Masjid Nabawi.. masa ni Alhamdulillah dapat masuk Raudhah buat pertama kali...memang bersesak tapi nak masuk jugak sebab rugi dah sampai tapi tak dapat masuk... Raudhah adalah taman syurga.. rumah Saidatina Aishah antara tempat makbulnya doa-doa. Tandanya karpet berwarna hijau.. kawasan perempuan agak kecik nak banding dengan kawasan lelaki. cik Apple dapat solat sunat dua rakaat, doa lepas tu keluar bagi peluang kat orang lain pulak yang bersesak-sesak.

Esoknya kami di bawa ziarah luar - masjid Quba, Pemakanan Syuhada Uhud, Masjid Qiblataian, Ladang Kurma dan Pasar Kurma. Cik Apple memang banyak shopping kat Madinah beli jubah, kurma sebab fokus di Mekah nanti hanya untuk beribadat sahaja. Hari terakhir ada majlis tahlil tapi cik Apple ambil kesempatan untuk pegi Raudhah lagi sekali tak join pun majlis tahlil tu... Alhamdulillah kali ni cik Apple follow group tabung haji...ada aku kesah!! hihi..dapat masuk Raudhah dan buat solat sunat 2 kali sebab menghampiri pukul 11.00am dah takde orang boleh masuk..jadi yang dah lepas kat dalam boleh la berlama-lama sikit. Hari terakhir di Madinah cik Apple buat ziarah wida' - ziarah makam Rasullullah saw untuk ucap selamat tinggal.. saat ni memang sebak sesangat sebab dalam hati dah tau nanti tak tau bila lagi dapat dijemput berjumpa Rasullullah saw. sob...sob...sob...
Kami bertiga - cik Apple bersama encik bos dan abang

Alhamdulillah group kami dapat mutawwif yang bagus Ustaz Hafiz Shaari.. menjalankan tugas dengan baik sepanjang di Madinah dan Mekah.

Keindahan di Masjid Nabawi
kubah hijau - makam Rasullullah saw
kubah putih - kawasan Raudhah
 Mekah

Sebelum bertolak ke Mekah kami dah siap-siap pakai ihram di hotel. Keluar hotel 3.30pm perjalanan dekat 6 jam jugak nak ke Mekah tapi kami berenti kejap kat Masjid Bir Ali untuk solat jamak zuhur/asar dan berniat ihram dan lepas tu berenti lagi kat RNR Wadi Kudat untuk solat jamak maghrib/isyak dan makan malam. Mutawwif mintak kami sama-sama bertalbiah sepanjang perjalanan. Suasana ketika tu cukup sayu...lepas tu terus lelap. Tau-tau je mutawwif kejutkan untuk bangun berdoa sebab dah sampai sempadan tanah haram hahaha....

Sampai di hotel lebih kurang pukul 11.00 malam... kami duduk Hotel Hilton, mutawwif bagi kami rehat sejam je sebab nak terus buat umrah tak nak kami lama-lama dalam ihram takut terlanggar pantang larang ihram dah kena bayar dam pulak. Pukul 12.00 tgh malam berkumpul di lobi bagi taklimat kejap dan terus bawak ke Masjidil Haram... First time cik Apple tengok Kaabah!!! depan mata.. Subhanallah..... tak terkata.. sayu.. tak percaya semua ada tak boleh nak cerita perasaan masa tu kalau yang dah pegi mesti tau macam mana kan.. Buat tawaf 7 kali, solat sunat dan terus buat sai'e 7 kali dan bertahalul... lebih kurang pukul 4.00 pagi jugak kitorang selesai sebab umrah pertama mutawwif tunggu semua tu yang agak lambat sedikit perjalanan. Lepas tu balik hotel tukar baju mandi dan terus siap-siap untuk ke masjid solat subuh.. balik solat subuh kami bertiga terus tido tak sedar hingga nak masuk waktu zuhur.

Salah satu pintu masuk utama Masjidil Haram
Kebetulan kami pergi ni waktu musim sejuk.. cuaca memang sejuk dan waktu siang jadi singkat, jadi di antara waktu-waktu solat memang pendek dan sekejap je..waktu malam memang panjang. Di Mekah, kami dibawa ziarah luar Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mudzalifah, Mina.. kami di bawa ke Masjid Ja'ranah untuk berniat umrah kedua. Umrah kedua cik Apple pilih untuk buat umrah di tingkat 3 tawaf dan sai'e lebih senang dan tak sesesak di kawasan bawah.. Esoknya kami dibawa ke Tanaim.. berniat umrah kali ketiga di Masjid Saidatina Aishah, balik dan terus buat umrah ketiga.

Sebenarnya kalau kita kuat boleh je buat umrah banyak-banyak kali pun..sebab ada masa-masa terluang boleh buat umrah sendiri.. group kami ada yang buat umrah 7 kali.. rezeki dia.. cik Apple dapat buat ikut yang diaturkan dalam pakej je sebab masa masuk Mekah abang dah stat demam teruk tak bangun dan encik bos pulak lepas umrah wajib yang pertama dah sakit-sakit kaki. Kalau kat Malaysia gigih la nak keluar sorang-sorang tapi ni kat negara orang cik Apple tak berani amik risiko sebab takde mahram nak temankan.

Pemandangan Kaabah dari tingkat 3 tempat tawaf
Hari terakhir di Mekah lepas solat subuh mutawwif mintak kami buat tawaf wida' sebab nak bergerak awal ke airport.. masa ni memang sedih sangat sampai menitik la airmata cik Apple masa solat sunat lepas tawaf tu tenung kaabah lama-lama... ada 3 group yang sama flight.. jadi group kami terpaksa keluar awal bagi mengelakkan kesesakan..

Aiport Jeddah adalah airport untuk jemaah haji...kawasan memang besar tapi satu je sistem imigresen dorang memang tersangat lembab.. tak efisyen langsung. kalau kat sana bukan penumpang yang tunggu flight tapi flight yang kena tunggu penumpang..nampak tak betapa lambatnya dorang punya proses mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.. sepanjang dalam flight memang cik Apple membuta je kejanya.. sampai Malaysia apa lagi 'jet lag' la nak tukar balik perubahan waktu huhu... nasib standby cuti terus sampai ahad.ahaha...

Tu je dulu setakat ni pengalaman cik Apple menunaikan umrah... doakan rezeki cik Apple dapat ke sana kembali satu hari nanti bagi mengubati kerinduan pada kekasih hati Rasullullah saw..

Andai Rasullullah masih ada
Semerbaklah haruman baginda
Setiap jiwa ingin bersamanya
Nur Muhammad terus bercahaya

Wassalam.

Thursday, February 11, 2016

Kerinduan yang tak tertanggung

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar pembaca belog cik Apple semua??ahaha...perasan 'fefeeling' cik Apple ada peminat okey..Rindu tak?? Sihat tak??

Genap setahun rasanya cik Apple tak menulis apa-apa cerita di belog ni...ntah kenapa tetiba malam ni tergerak hati nak menjenguk sekaligus tergerak nak mencoret sesuatu.. Yelah... hampir-hampir terlupa password jugak dah cik Apple ni.. almaklumlah faktor usia.

Kalau nak diikutkan memang banyak yang nak di kongsikan di dalam belog ni tapi........................... mungkin 'mood' tu tak sampai macam dulu-dulu zaman rancak berbelog. sekali lagi faktor usia yang dipersalahkan ahaks!!

Oklah... since cik Apple baca last post cik Apple adalah berkenaan kursus asas tahun lepas 2015. So, sekarang cik Apple nak bagitau kot-kot ada yang nak tau ke??hahaha... kalau takde pon cik Apple tetap nak bagitau yang cik Apple sekarang dah menjadi pemastautin di Negeri Perak Darul Ridzuan. Mengharap dapat penempatan di Selangor tetapi dah takde rezeki... Perak pon Perak laa.... mujur masih di semenanjung dan dekat dengan kampung halaman. Biasa balik kampung memakan masa 2 jam 30 minit perjalanan lebih kurang la...

Dalam tempoh setahun ni macam-macam perkara yang berlaku dan dah malas nak review balik... kalau rajin esok lusa cik Apple update cerita tu... sekali lagi 'KALAU' rajin ye...

Berbalik kepada entri tajuk kali ni...Ye!!! cik Apple memang sangat... sangattttt... rindu dekat Rasullullah saw...dah tak tertanggung sangat tu yang sampaikan angin takde..rebut takde.. tetiba malam ni bukak belog dan post entri. korang mesti terkejut dan cik Apple lagi la terkejut.. ntah apa yang cik Apple buat. Ok next entri pasal kerinduan pada Rasullullah saw... jangan risau cerita yang tu cik Apple buat siap-siap malam ni..esok lusa free cik Apple tinggal post je atau pun guna auto publish.. dah panjang sangat entri ni mesti bosan nak baca panjang-panjang kan. ok.

Wassalam