Tuesday, January 21, 2014

Moga Allah melindungi kalian ~

Assalamualaikum wbt....

Tiba-tiba terajin plak cik Apple buat entri sejak dua menjak ni hehehe..... azam thn baru ke?? Hurmm..... sekadar nak berkongsi cerita dan luahan hati.

Hari ni (oppss!! bkn hari ni tp petang tadi je....) cik Apple agak busy skit hahaha.... selama ni pon busy gak tapi ada perkara yg cik Apple nak kongsikan tapi sebelum tu korang kene baca la dulu celoteh cik Apple ni... sibukkan dengan nak mohon peruntukan ganjaran kontrak 'org kaya' (bak kata kak fiza opismate hehe...) dok la menelefon sekolah2 mintak submit cepat, dok call kwsp plak tanya pengesahan borang n pastu menyiasat keje urgent orang lain yg kebetulan EL plak arini, org insurans mintak semak semula..... tgh sibuk2 tu bos plak dtg ada kes urgent jugak mintak tlg cek fail segera n kebetulan tugasan tu dibawah jagaan cik Apple dulu....

Kes seorg guru yang bercuti tanpa gaji mengikut pasangan yang ditahan diluar negara kerana merotan anak yang tak nak solat!!!! Allahuakbar... sedih bila dgr kes ni tapi kita tak boleh nak mempertikaikan prosedur negara luar... hanya berdoa semoga Allah melindungi dan merahmati pasangan tersebut dan semoga pasangan tersebut dapat disatukan kembali dalam ikatan kekeluargaan yang sempurna. Insha Allah.... Moga Allah melindungi kalian sekeluarga~

Cik Apple kalau ada anak (cehh!!!berangan je kawin pon tak lagi huhu....) memang harap sgt agar anak-anak cik Apple mendapat pendidikan agama yang sempurna kerana anak2 itulah yang akan mendoakan kita kelak. Tak de orang yang lahir2 je terus pandai dan kuat pegangan agama jika tidak di didik dan di ajar dari kecik oleh ibubapa mereka.


Wallahuaklam...

Monday, January 20, 2014

Pokok kuaci

Assalamualaikum wbt...

Tengok je kat tajuk tu macam pelik.... macam tak pernah dengar pon ada gak.... hahaha.... macam2 istilah budak zaman sekarang ni kan. Kadang cakap tak pikir panjang main sebut ikut sedap mulut jer.... apa la yang cik Apple membebel memalam buta ni kan.

Citenye camni... masa cik Apple tengah isi air nak siram bunga petang semalam macam perasan 2,3 pasu bunga yang kat sebelah paip air tu byk rumput kecik tumbuh...tgn pon gatal nak cabut rumput tapi tiba2 anak buah yang tengah main basikal kat jalan laju2 dtg dekat cakap "jgn cabut pokok kuaci tu... ayah yang tanam" cik Apple pun "eerrkkk???" Masa tu otak tak dapat nak terjemah lagi... datangla si abang (anak buah yang sulong tingkatan 2 dah) bagitau yang tu pokok bunga matahari.....hahaha....konpius kejap!! Pastu tengok kat pokok tu kulit kuaci dok melekat lagi kat daun nya...patot la budak 5 tahun tu cakap pokok kuaci. Jom gelak ramai2.... ishh ishh.....

Ni gambar pokok kuaci ok!!





Sebenarnya kuaci ni makanan si hamster 4 ekor yg dibela anak buah cik Apple since cuti sekolah bln 12 baru ni. Bila nak cuci kandang hamster ni, tukar serbuk kayu.... dier punyer serdak or serbuk kayu dan kulit kuaci yang sepah2 dalam kandang tu abang ipar buang dalam pasu bunga boleh la buat baja kan... tetiba tumbuh pulak tunas pokok kuaci ni... yelah kan kalau cik Apple pon tak kuasa nak pilih2 kuaci yg dah dimakan dgn yg belom... dahla bersepah si hamster tu makan.


Nampak tak kulit kuaci yang masih melekat kat daun tu... pokok bunga matahari ok


Ni gambar si hamster yang cute dan comel tu... geram kan tengok binatang ni rase macam nak picit2 je tapi nanti kang mati pulak binatang ni hehe.... COmelll sangatt!!!!

Thursday, January 16, 2014

< Salam Maulidur Rasul ♥♥ >

Assalamualaikum wbt....


Agak terlambat tapi nak ucap jugak "selamat menyambut maulidur Rasul saw" pada hari selasa lepas bersamaan 12 Rabiul Awal... kita sepatutnya perbanyakkan berselawat ke atas Nabi saw tidak mengira waktu dan bukan hanya pada waktu2 atau peristiwa tertentu sahaja baru nak berselawat... betol tak?? Tapi kebiasaannya kita baru teringat nak berselawat masa maulidur rasul je kan.... (tu cik Apple la... tak mengata sesiapapun ok!!) xpela kan daripada langsung tak jarang2 berselawat.. masa maulud Nabi ni baru teringat pon tak pe... Allah tahu niat kita dan yang penting IKHLAS dari hati...


Terasa sayu bila dengar lagu ni ----> Lau Kana Bainana Habib...





Saturday, January 11, 2014

Mahasabah diri 2014

Assalamualaikum wbt...

Tahu tak surah ape kat bawah ni??? Korang hafal tak... hehehe mestilah hafal surah lazim cuma 8 ayat je kot.... masa sekolah rendah agama lagi dah kene hafal kan tapi............ setakat hafal jelah tanpa mendalami makna dan kelebihan disebaliknya. Itu cik Apple la.... harap2 korang tak sama cam cik Apple ni ok!!


Surah al-Insyirah


Untuk thn 2014 ni cik Apple nak buat sesi tazkirah dlm belog cik Apple ni mudah2an dapat sama2 berkongsi ilmu. Melalui surah ini kita dapat muhasabah diri. Bukan 'kita' tapi cik Apple inshaAllah....

Melalui ayat 5 & 6 surah al insyirah atau sesetengah panggil surah alam nasroh... korang ingat tak ape ayat 5 & 6 tu..... kat bawah ni cik Apple letak ayat 5 & 6 tersebut







Maksud surah ayat 5 & 6 ni yang memberi kesedaran pada cik Apple bahawa janji Allah itu pasti kerana Dia takkan pernah sesekali mungkir janji. Kita sebagai hambaNya kena belajar bersabar dengan setiap dugaan dalam kehidupan.... lain orang semestinya lain dugaan yang di uji.... tapi kita hidup di zaman ni tak sama dengan mereka yang hidup di zaman Nabi swt.... cabaran onak duri lagi kuat tak tau la cik Apple kalau hidup zaman tu kuat iman ke tak. Sedangkan dugaan kecik yg sekarang ni pon hampir2 putus harapan. Bezanya kita di zaman sekarang berhadapan dengan dugaan dunia tanpa sempadan, musuh dalam selimut yang cuba memesongkan akidah islam kita... eh eh!! ke situ plak panjang lebar cite.... huhu. Ok kat bawah ni cik Apple bagi makna ayat 5 & 6 surah al insyirah.....



Di ulang dua kali "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".... janji Allah dalam surah ni akan kemudahan yang akan diberi selepas kesulitan yang di alami. Jangan pernah sesekali kita meragui janji Allah.... mungkin kemudahan itu bukan di dunia tapi di akhirat kelak inshaAllah..... kenapa di ulang dua kali?? Menunjukkan Allah bersungguh2 memang akan memberi kemudahan itu dan tidak sekali akan dimungkiri dan kita hambaNya haruslah bersabar dan tak perlu meragui.

Oklah mood pon dah hilang.... idea pon dah takde.huhu... sekadar perkongsian... sesungguhnya yang baik itu dari Allah


ct with love

Wednesday, January 1, 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum wbt...

Awal bulan awal tahun 2014... misi???!! Menurunkan berat badan ermm.... mungkin tak kot hehe... ok!! Kita start kumpul duit byk2 utk thn 2014 ni nak meneruskan misi membeli rumah... Amin... mudah2an terlaksana hendaknya inshaAllah

Lain?? Cukuplah satu je yg utama.. yg penting tercapai. Doakan impian cik Apple jadi kenyataan thn 2014 ni.