Saturday, September 21, 2013

Tanggal 31

Assalamualaikum....

Tetiba teringin nak menulis lagi..... bangun tido terus bukak belog huhu.... tak senonoh betol kan bukan nak cuci muka ke solat tapi terus terjah belog cik Apple ni.... ermm.... abaikan air liur basi dan terus menaip sebelum masok kerja.... tido tghari waktu lunch kat opis bila xde plan ke mana-mana.

 Oklah nak cerita pada tanggal 31 Ogos yang lepas.... sesi menghantar rombongan meminang anak dara orang ... kelam kabut balik kampung pagi2 sabtu sebabnya nak menhgantar rombongan selepas solat zuhur pada tarikh hari kemerdekaan. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar sekali dan hanya perlu tunggu masa kenduri besar je nanti.

Tapi biasalah dalam kegembiraan pasti ada terselit kekalutan apabila kakak sulong  cik Apple tersalah bawak baju kurung untuk dipakai ke majlis tersebut. Dibawaknya pulak baju anak dia yang kecik dan semestinya saiz yg paling kecik walhal yang nak pakai semua saiz boleh tahan jugaklah (sebab baju mereka anak-beranak sama warna) apa lagi kalut la masa nak bersiap. Nak tak nak terpaksa mereka empat beranak bertukar-tukar baju memandangkan saiz masing-masing semua berbeza-beza.

Sebenarnya entri ni telah di buat awal tapi belum sempat lagi nak post sebab ingat nak adjust sikit-sikit  sebelum post tapi rupa-rupanya.... hahaha.... dah nak basi kat dalam ni. oklah harini takde adjust2 dah ok.

bergambar bersama bakal ahli keluarga baru

ermm.... sedapnye buah tu...
.
 antara rombongan yang hadir

 antara balasan hantaran yang berupa makanan yang diterima.... banyak kan??

sempat lagi posing tu hikhikhik.....

Cerita selanjutnya akan diupdate kemudian jika ada kelapangan inshaAllah...


Nota : get new ring for me

Thursday, September 5, 2013

Jodoh itu milik Allah

Assalamualaikum....

Dalam entri kali ni cik Apple akan menggunakan kata ganti nama 'saya' supaya lbh senang utk bercerita dan entri ini lebih kepada pengalaman peribadi cik Apple sendiri.

~Siapa saya untuk melawan takdir dan siapa kita untuk mengatur hidup~

"Bila nak kawin?"
"Umur dah lanjut tp tak kawin2 lagi dah jd anak dara tua"
"Memilih la tu padan la tak laku"

Itu antara statement yang familiar bg kebanyakkan org  yg masih bujang di usia lanjut. Oh tidak!!!! huhu... senyum jelah bila orang bertanya sebab bukan jawapan ada dlm tangan saya pon. Dulu saya pernah merancang ingin berkahwin di usia 28 tahun iaitu umur yang sangat cantik dan sesuai untuk berumahtangga tetapi kini dah masuk 31 tahun still single and available. Apa nak buat!!

Tak semua orang aturan dan perjalanan hidupnya Allah jadikan sama, mudah dan senang.... menangislah sampai keluar airmata darah sekalipun kalau jodoh belum sampai tak kawin jugak. Pertahankan sekuat mana pun ikatan kasih sayang a.k.a cinta andai 'si dia' bukan Allah ciptakan milik saya tetap tak akan kawin jugak sampai sekarang. Saya bercakap berdasarkan pengalaman hidup.... bukan seorang tapi dah 2,3 orang 'si dia' yang saya cuba pertahankan akhirnya saya yang tewas... apa yang saya boleh buat?? 'si dia' bukan milik saya dan pasti bukan jodoh saya. menangis, frust usah cerita la sampaikan dah kebal rasanya hehehe..... 

Dan saya berpegang pada prinsip walau saya lari sejauh mana sekalipun kerana tak suka dan tak nak pada seseorang andai takdir itu jodoh saya pasti akan bersatu jugak.... tapi jika dah 'si dia' bukan jodoh saya dan saya menolak tetap takkan bersatu jugak.... korang paham tak??hehe... bahasa mudahnya camni la. Kalau dah dia jodoh saya tapi saya menolak tetap akan kawin dengan dia jugak betol tak?? manusia tak boleh melawan takdir... yang boleh kita buat hanya berdoa dan berusahan sahaja.

Jodoh milik Allah... kita hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Jangan putus usaha, doa dan tawakal walaupun sesekali saya pernah jugak putus asa dan harapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku-liku. Tidak dinafikan kuatnya syaitan menghasut hinggakan terlintas difikiran Allah tidak adil dan kenapa saya?? Nauzubillah..... mudah-mudahan mintak di jauhkan.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - Surah Al-Baqarah 286

Insha Allah saya mampu dan sebab itu Allah uji saya... jalan nya ada dan saya hanya perlu memilih sama ada untuk terus melangkah kehadapan atau berpatah balik, memilih laluan disebelah kanan atau membelok ke kiri... Ya!!! saya perlu melilih tetapi alangkah bersyukurnya jika perjalanan saya di pandu dan di pimpin oleh seorang lelaki bernama suami.

Dan jangan ingat bila kita dah kawin, ada suami, ada anak, kerja pulak dapat jawatan bagus dengan mudah menunding jari pada insan lain yang masih belum sempurna dalam kehidupan sama ada dari segi perbuatan dan perkataan. Ahh!! perempuan memang lemah... Ya betul saya akui saya lemah... sebab itu setiap manusia yang dilahirkan ada pasangannya untuk saling melengkapi iaitu lelaki untuk membantu perempuan yang lemah cuma....... tak semua bernasib baik dapat bertemu pasangan di dunia ini.

Semoga saya terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan dan belajar untuk senyum dan pekak kan telinga. Mulut orang biarlah dia nak cakap apa pun dan biarlah apa dia nak fikir bukan saya boleh tutup mulut dan padam pemikiran orang terhadap perspektif andartu.

Nota : hati yang kau sakiti

Tuesday, September 3, 2013

Sambutan raya dan hari kemerdekaan JPS

Assalamualaikum....

Sekitar sambutan raya dan hari kemerdekaan opis cik Apple yang disambut bulan lepas... baru sempat nak upload gambar dalam blog hehe.... boleh gitu??! tak kesah la kan... kan...


Sambutan kemerdekaan opis cik Apple bertemakan warna MERAH.... huhu tapi cik Apple pakai tudung putih... ahaha... ada aku kesah!!
Sambutan raya opis plak cik Apple pakai baju seragam unit P&P warna hijau sebab kena menyanyi atas pentas macam thn2 lepas.... hurm macam la suara ni sedap sangat org nak dengar kan padahal org lain dah tak sabar nak makan jamuan raya yang menghidangkan pelbagai menu yang sangat menarik.... cik Apple mkn satay dan laksam je... dah kenyang ok... pastu cuit2 menu kengkawan sebelah sikit2 buat rasa2... sekurang2nya tak la kempunan kan hehe....




Nota : Semangat MERDEKA!!!