(gambar google)
Hurmm... agak lama jugak cik Apple tak buat entri disebabkan kesibukan dan kesesakan waktu sejak dua menjak ni. keje di opis... di rumah... di kampung... semuanya memerlukan komitmen yang tinggi dan kekadang terasa macam nak bercuti panjang lagi.
Alhamdulillah... setelah hampir sebulan dan kira-kira 27 hari umat islam berpuasa di bulan mulia ini... Syawal menjelma kembali.. cik Apple tak berkesempatan langsung buat entri bulan ramadhan. So...... combinekan sekali la dgn entri pra-raya ni...hehehe boleh???!
Hampir tiap minggu di bulan puasa ni cik Apple balik ke kampung halaman menjenguk en.bos yg keseorangan sejak arwah tiada.... yelah kan...bulan2 puasa ni senang je nak teringat dan terkenang pada insan yang telah tiada. Dan kini cik Apple telah merasainya dan mengalaminya sendiri....ntah mcm mana suasana pagi raya kami adik beradik nanti agaknya. Memang agak sedih tp apepun hidup perlu diteruskan.... Inshaallah.
Dikesempatan ini, cik Apple nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua umat islam yang meraikannya. Tiada manusia yang sempurna tanpa melakukan sebarang kesalahan mohon ampun dengan rendah hati dan berhati-hati memandu semasa pulang ke kampung halaman. Doakan cik Apple selamat pulang ke kampung esok dan akan bercuti selama seminggu... seminggu ok!!
Salam lebaran minalaidil wal faizin ~