Tuesday, February 28, 2012

Mood : senyap dan sunyi

As salam....

Rasanya lama cik Apple tak buat entri kan.... di blog dan FB pun jarang2 jugak sekarang ni. Kenapa? Merajuk ke??? tak delah.... hehe

Ok!! tipu... adalah merajuk sikit tapi dah ok kot sekarang... hehe. Jangan ditanya kenapa dan sebab apa ye... Sebenarnya cik Apple sedang mencari ketenangan, cuba nak memperbaiki diri dan mendapatkan redha Illahi. kedengaran mudah tapi nak melaksanakannya cukup payah...

~PERBAIKI DIRI & REDHA = TENANG~

Apepun mesti dimulakan dengan niat dan tawakal... bagi cik Apple bukannya mudah seumpama nak mencuci semula hati yang kotor. bila nak cuci hati ni bukan boleh main basuh atau letak ubat terus baik dan bukan boleh belah ambik hati tu dan terus cuci sehingga bersih. TIDAK!! sama sekali dan ia memerlukan kekuatan rohani dan spiritual individu itu sendiri. cik Apple mulakan dengan perasaan bersangka baik insyaAllah... --"susah jugak bila sakit tak tinggal luka, bila luka tak tinggal parut dan bila parut tak hilang selamanya"--
Semoga niat cik Apple mendapat petunjuk dan bantuan dari Illahi.... InsyaAllah. Amin.

Nota : Doakan cik Apple mampu mengharungi dengan tabah!!

Thursday, February 9, 2012

.: Bersangka Baik :.

As salam....

(gambar google)


Hari ni cik Apple nak review balik pesanan yang diberikan oleh seorang ustaz pada cik Apple tahun lepas..... ada 3 pesanan yang diberikan:


  1. Sentiasa bersangka baik

  2. Jaga mulut

  3. Banyakkan istigfar

Cik Apple just nak ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain.... Kenapa............??? kerana perasaan ragu-ragu dan curiga dlm diri cik Apple pada seseorang sejak dua menjak ni susah nak disingkirkan. Kenapalah wujud perasaan tu dalam diri ye......... hurmm...... sesungguhnya syaitan telah berjaya menggoda hati anak Adam ini. Cik Apple cuba singkirkan perasaan curiga dan ragu2 dan wujudkan perasaan percaya dan bersangka baik dalam diri ini pada semua orang..... PERCAYA!!!!


Nota : cik Apple tolong bersangka baik ok!!

Wednesday, February 8, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H














As salam...



Wahh!!! jangan tak caya cik Apple terlibat dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor baru-baru ni yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 5 Februari 2012 (Ahad). Bertolak seawal 6.30am dari opis... peserta memang ramai dan sedia maklum peluang nak menang memang tipis...



Perarakan bermula jam 8.00am dan selesai jam 10.00am. Lepas selesai persembahan dan beberapa aturcara lain yang di atur cik Apple bergegas pulang ke kampung lebih kurang 1.00pm. Hurmm.... hasrat untuk konvoi pulang ke kampung bersama-sama tidak kesampaian memandangkan cik Apple tinggal handphone dalam bas dan tidak dapat dihubungi untuk set time. Neway cik Apple selamat sampai kampung jam 4.00pm.... lamanya??? hehehe.... tu pun setelah cik Apple berenti jap solat di masjid dan merehatkan kaki yang sakit 'cream'.... ok layan gambar2 yg tak seberapa ni....




sebelum berangkat - posing dalam bas

sempat bergambar sebelum berarak

muka-muka excited!!!

persembahan kumpulan In Team

persembahan kumpulan Hijjaz

Yeahhh!!! menang tempat ketiga - sepanduk (jadilah kan!) hehehe....

cik Apple.... pinky gegurlzz :)


Yang ni pulak gambar dari kamera mama cik Nina.... hehehe..... sori publish tanpa mintak izin dulu. cik Apple amik yang ada muka cik Apple je ok.... gambar dia amik cantik sikit.... hehehe puji lebih nak elak kena marah..... jangan marah ek....



Nota : ada peluang tahun depan nak join lagi... besttt!!!

Friday, February 3, 2012

Mode : musim peperiksaan

As salam....



Musim peperiksaan muncul kembali.... esok cik Apple akan menduduki peperiksaan. Hurmm... apalah nasib cik Apple nih... pegi peksa tapi tak penah2 sangkut kan... takpe usaha tangga kejayaan dan jangan putus semangat ok!!! Doakan kejayaan cik Apple mudah2 ada rezeki yang Allah akan berikan.... InsyaAllah.. Amin


Oklah pendek je untuk entri kali ni... mencuri masa untuk study dicelah2 kesibukan bekerja di ofis dan training untuk perarakan sambutan Maulidur Rasul pada ahad ni... cerita lanjut akan dimuat turun selepas pulang bercuti di kampung halaman ok




Hehehe.... gambar tak berapa jelas lak


Nota : Doakan kejayaan cik Apple... wish me luck!!