Saturday, January 28, 2012
Kenapa penting memilih orang yg sesuai dgn jiwa kita?
~izinkan berkongsi~
Satu - Kita memilih org yg sama jiwa raga dgn kita antara sebabnya adalah kita punyai telepati untuk memahami kehendak satu sama lain. Hubungan yg menarik dan paling best adalah bila pasangan kita tak perlu la nak di explain banyak kali apa yg kita nak. Kadang2, bila chemistry kita tu dah tahap dewa, pandangan mata pun dah boleh baca. Marah ke kita, sedih ke kita, apakah perasaan kita. Dia boleh tahu.
Dua - Bukan setakat itu, kalau kita punyai minat yg sama, kita boleh spend time sama2 buat benda yg kita suka. Contoh, kalau dua-dua suka bola, apa lagi. Boleh tengok bola sama-sama. Kalau dua-dua suka camping, apa lagi, berkampung la dalam hutan sekali sekala. Kita bukan setakat kenal partner kita, malah boleh jadikan hubungan semakin stabil dan marveles. Kadang-kadang orang kata Opposite Attracts? Benar. Ada benarnya, namun kebarangkalian survival dia berbanding hubungan yg lebih banyak persamaan adalah jauh lebih kurang.
Tiga - Satu lagi, kita boleh menjadi diri kita yang sebenar depan dia. Tanpa perlu la kita tiba-tiba menjadi gadis ayu akhir zaman sebab kononya nak impress pasangan kita. Begitu juga dengan lelaki, yg tiba-tiba jadi metroseksual sebab pasangan suka lelaki metroseksual yg wangi dan baju kemas sepanjang masa. Sepatutnya partner kita menjadi bestfriend kita dan kita tak perlu malu depan dia. Kena tunjukkan perangai kita supaya kita boleh tahu dia dapat tak terima kita seadanya. Kalau tak dapat, maka ternyatalah dia bukan untuk kita.
Empat - Satu lagi, hubungan lelaki perempuan ni bukan untuk sekadar isi masa lapang. Kita in a relationship sebab kita nak membina keluarga di masa akan datang. Satu soalan yg kita perlu tanya diri kita bila kita dah ada dalam relationship, boleh ke tak dia ni jadi husband/wife kita nanti? Kita nak ke dia ni jadi ibu/bapa kepada anak-anak kita nanti? Sanggup ke kita nak hidup dengan dia ni sampai tua?
Nota : perkongsian yang bagus dari seorang blogger lain buat peringatan cik Apple
Thursday, January 26, 2012
bakar semangat
Hari ni cik Apple berbuka puasa dengan keledek rebus dari Cameron Highland yang diberi oleh kakak opismate cik Apple... makan masa panas2 memang sedap dan terasa kemanisannya. nyum.... nyum...
Dan ini pulak sijil yang cik Apple terima sebab tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang tahun 2011. bukan nak belagak atau riak ok... tapi just nak buat pembakar semangat agar di tahun 2012 ni cik Apple lebih bersemangat hahah... Tipulah kalau kata cik Apple tak pernah sakit kan... kita ni hamba Allah yang lemah lagipun sakit tu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan... tapi cik Apple tak pernah mintak MC je cuma sekadar menggunakan cuti rehat. Ramai jugak yang dapat sijil penghargaan ni kat opis tu. Tahniah buat mereka semua ek!!
Wednesday, January 25, 2012
cerita di hari rabu
Saturday, January 21, 2012
sesi makan coklat
Friday, January 20, 2012
Selamat menyambut CNY
Tetiba terajin pulak menjengah blog tiap2 hari ni.... walhal keje masih banyak yang pending... tak pelah sekadar melepaskan kerinduan pada blog yang semakin lama semakin dipinggirkan.. ek?? tipu je.... hehehe
Biasalah di hari jumaat yang mulia ni dan mengambil kesempatan ketiadaan bos di opis rasa rindu pulak bila dah lama tak buat 'blog walking' sekadar melihat perkembangan terbaru blogger2 di malaysia ni... hehehe. Sebenarnya mood balik kampung dah meluap2... almaklumlah cuti panjang sempena tahun baru cina.... tapi yang tak syoknya jalan mesti sesak giler kan. itu memang rutin tiap kali tiba musim cuti perayaan.
Dikesempatan ni cik Apple nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pengunjung d'apple diary's dan selamat bercuti. Cik Apple?? kena buat preparation sebab ada exam yg menanti awal bln 2 ni. chaiyok!! chaiyok!!.... never give up ok!!
Nota : cuti vs exam???
Thursday, January 19, 2012
Kek kukus
Ni adalah menu dan entri tertunda yang cik Apple tak sempat nak post disebabkan kekangan masa untuk menjengah blog dan sedikit kemalasan yang melanda. hehehe..... akceli kek ni cik Apple buat untuk potluck kat tempat keje cik Apple jumaat last week. Cik Apple buat kek ngan sandwich sardin ala..... menu orang bujang jer... Tapi alhamdulillah menu potluck kawan2 opis hari tu memang best2 dan sedap2 giler.... fuhh!!! terus naik berat cik Apple 2 kg sekali makan.
Sebenarnya cik Apple nak buat kek kukus asam masin tapi disebabkan masa yang suntuk dan nak tengok tv pukul 7.00pm punya pasal... kemalasan untuk melapis ditukar dengan kek belang biasa je tapi still guna resepi kek kukus asam. Nampak sangat kemalasannya kan.... hishh!! anak sapa la ni... Resepi asal tak tau dari siapa coz cik Apple dapat resepi ni pun dari kakak cik Apple masa zaman belajar2 dulu. Jom check resepi...
Kek Kukus Asam Masin
Bahan-bahan:
2 cwn marjerin, 2 cwn gula (boleh kurangkan), 3 cwn tepung gandum, 6 biji telur ayam, soda bikarbonat @ serbuk penaik, sedikit esen vanila, pewarna, asam duit2
Cara-cara:
Pukul marjerin dan gula hingga kembang dan putih
Masukkan telur satu persatu dan tepung gandum + soda bikarbonat (diayak sekali) sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letak pewarna yang digemari.
Letak beberapa senduk adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Angkat dan susun asam sehingga menutupi lapisan tersebut dan letak lapisan yang kedua dengan berhati2 jgn sampai asam terangkat dan kukus sehingga masak. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis. Bila dah masak boleh makan beramai-ramai.
Nota : jom makan!!!
Saturday, January 7, 2012
Selamat berhujung minggu
comel tak??
Nota : credit to Shahrizan!!
Thursday, January 5, 2012
Berapa nak cakap!!
Tuesday, January 3, 2012
~Welcome 2012~
anak pokok yang dibawa pulang ke kampung menaiki kereta mr.bean
anak pokok roselle yang sudah siap ditanam
Malam sebelum tiba ambang tahun baru cik Apple ada keluar dengan seorang kawan sekolah lama... takde niat untuk sambut tahun baru pun just keluar nak belanja dia makan sebab besday dia jatuh pada 1 Januari (seriusly memang cik Apple tak tau bila besday dia... aci kerat jari la.. tak tipu langsung). Dia request nak makan ikan bakar dan bagi pilihan sama ada makan kat Jeram or Simpang Empat (kalau tak silap la... kat Teluk Intan). Disebabkan cik Apple yang kena drive so, destinasi pilihan adalah Jeram... memandangkan selalu balik kampung lalu jalan tu jadi tak lah cik Apple terkedek2 bawak kereta waktu malam pulak tu kan..
Nak dijadikan cerita... punyalah ramai orang malam tu... mungkin sebab cuti tahun baru kot. sampaikan terpaksa tawaf untuk dapatkan meja tu satu hal dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk dapatkan makanan siap dimasak pulak satu hal lain... MasyaAllah... mencabar keimanan dan kesabaran sungguh. bila dapat pulak ikan siakap 3 rasa hilang entah ke mana (sakitnya hati..) masa tu jam dah menunjukkan 11.05pm dan disuruh tunggu lagi 15 minit!!! mungkin tidak!!! kitorg dah tunggu dari jam 9.10pm ok!! last2 cik Apple tak makan pun dan pulang selepas buat bayaran.
Detik jam 12.00 tengah malam 1/1/2012 cik Apple masih berada di atas jalan raya... sempat wish besday kat kawan di sebelah dan menyaksikan bunga api yang bewarna-warni cantik di langit. Bila cik Apple sampai di rumah encik bos terus bukakan pintu... ahaha... almaklumlah masa tu dah pukul 1.15am, cik Apple mana pernah balik selewat itu dikampung... nasib baik encik bos tak tanya apa2 kan. Itulah kisah disebalik hari terakhir tahun 2011 dan pembukaan tahun 2012 cik Apple.
Nota : mengharap sinar 2012