Salam...
~Entri kali ni dalam mode sedih dan masih berkabung~
Memang sukar rupanya menghadapi perpisahan terakhir dalam hidup kita. Rasanya tak seperti sakit dikecewakan mahupun putus kasih. Buat cik Apple inilah perpisahan pertama selama 29 tahun bernafas di muka bumi ini. Seolah2 nyawa ingin turut serta meninggalkan alam ini tapi Allah Maha Berkuasa.
Pemergian bonda tercinta Allahyarhamah Rahmah bt Hj Said buat selama2nya pada 25/11/11 bersamaan 29 Zulhijjah 32Hijrah (Jumaat) amat menyentap seketika roh dari jasad. Panggilan telefon yang dibuat oleh kakak cik Apple pada jam 3.13pm (tgh kat opis) memang tidak dijangka "mak dah takde, cepat balik!"
Dari Shah Alam (opis) cik Apple bergegas balik ke Klang dan berkemas2 untuk pulang ke kampung di Sg. Besar... hanya istigfar sahaja yg bermain dibibir bg memenangkan emosi diwaktu itu. Alhamdulillah... kalimah ajaib itu mampu memberi semangat dan kekuatan yg diwaktu itu bagai terbang dibawa angin. Niat cik Apple hanya satu iaitu ingin sampai di kampung sebelum jenazah dibawa pulang dari hospital.
Namun... Allah tak makbulkan permintaan itu, Dia turunkan hujan sepanjang perjalanan cik Apple dari Klang ke kampung membuatkan kereta tak berani di pandu laju dan cik Apple tak boleh menangis sepanjang perjalanan kerana akan membuatkan pemandangan semakin kabur tambahan pula hujan yg lebat. Besar kuasaNya... namun Alhamdulillah cik Apple sampai dengan selamat sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang... terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Maghrib sebelum berjumpa jenazah dan membaca surah Yasin.
Dahi arwah dicium buat kali terakhir namun cik Apple tahu waktu itu tidak sama kerana arwah tidak merasainya lagi. Sepanjang malam cik Apple menemani arwah walaupun ada terlelap seketika, melihat arwah dimandikan dan dikafankan, memakmumkan solat jenazah dan turut menghantarnya ke kubur. Diwaktu itu airmata yang mengalir seolah2 teman setia kerana cik Apple tak dapat mengawalnya. Tahulah betapa lemah dan rapuhnya iman dan hati ini sebagai seorang mukmin di kala itu.
Saat ini... cik Apple tahu betapa payahnya untuk menyatakan perasaan kerinduan itu. Kerana cik Apple tahu selepas ini cik Apple takkan dapat melihat kelibatnya, tak dapat mendengar suaranya dan tak dapat mencium tangannya lagi. Mungkin ini yg terbaik buatnya dan sebagai sorg islam cik Apple pujuk hati terima dengan redha qada' dan qadar Illahi. Sekurang2nya cik Apple masih mempunyai kesempatan lagi menunaikan tanggungjawab kepada insan yg bergelar 'bapa'
Terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yg sudi mendoakan, memberi kata2 semangat dan nasihat buat cik Apple sama ada telefon, sms atau facebook. Betullah... tak semua teman ketawa boleh jadi teman dikala duka. Kepada Kak Fiza, Kak KB, Cik Mimi dan Cik Mila juga sudi datang ziarah dari jauh, kehadiran kalian cukup bermakna.
Nota : perpisahan yang takkan kembali - rindu yang sukar diterjemah