Friday, July 29, 2011

Majlis perpisahan : Kak Leha


Salam....


Harini cik Apple menghadiri jamuan makan sempena majlis perpisahan kak leha... buat kat Restoran Serai Seksyen 25.... 2, 3 hari ni program cik Apple asyik makan-makan jer ye... hehehe... dah penat diet turunkan badan, last-last badan naik balik bila asyik makan jer :(

Nanti minggu depan dah mula puasa cik Apple diet balik ok... Ni sedikit gambar dari cik Apple sepanjang majlis berlangsung buat pengunjung blog

cenderahati dari kak leha



inilah kak leha... mula-mula ingat tak nak letak gambar kak leha ni tapi dah tajuk entri pun pasal kak leha... adalah pelik pulak kalau tak letak gambar dia kan... kan...






kawan-kawan opis cik Apple



antara menu yang disajikan - udang goreng mentega, kerabu mangga dan daging goreng.... nyum... nyum...



Nota : Salam perpisahan

Wednesday, July 27, 2011

Lagu : RapuH

detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan



seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu



maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta



detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu

Tuesday, July 26, 2011

Makan-makan ~ sambut Ramadhan


Salam....

Harini (26/07/2011) opis cik Apple adakan jamuan makan-makan sempena nak sambut puasa minggu depan... ada pulak ye istilah makan nak sambut puasa ni.... apa-apalah janji maksudnya makan jugak. Menunya cukup meriah almaklumlah masing-masing wat makanan sendiri (pot luck). Makan pun tak ingat dunia.... cik Apple la tu... tapi cik Apple sempat makan soto dan laksa jer yang lain-lain menu berat dah tak lalu nak makan.... ada pecal, nasi putih, nasi impit, bubur jagung, pulut kuning, roti jala dan pelbagai kuih muih yang beraneka jenis dan warna yang cukup mengiyurkan.... cik Apple belasah carrot cake, kek lapis, kek gulung, kek blubery dan choc cake.... bak kate pepatah segala jenis kek cik Apple telan.... kuih lain langsung tak pandang tp just tapau bawak balik mana-mana yang rasa mengidam nak makan tp perut dah penuh....



antara hidangan yang disediakan. sebenarnya meja ni panjang yang part kuih muih tak de la pulak (gambar ihsan opismate yati)


Majlis harini jugak sempena jamuan perpisahan 3 orang staf yang akan bertukar unit dan sorang staf kontrak yang nak berenti dan dapat jawatan tetap.... Tahniah buat mereka semua dan selamat maju jaya cik Apple ucapkan di tempat baru....




antara muka-muka rakan sekerja yang sporting dan suka 'posing'




cik Apple sempat berposing dengan hadiah orang lain. sebenarnya nak cover perut yang buncit tu yang tutup dengan hadiah tu... hehehe... gambar insan opismate abg ezam

Friday, July 8, 2011

Salam kerinduan....

Salam....



Apa khabar semua pengunjung blog cik Apple?? rindu tak??... hehehe... dah lama cik Apple tak buat entri... hurmm... merajuk kot... hehehe... adalah masalahnya sedikit yang tak dapat di elakkan... banyak entri yang cik Apple simpan dan tak publish...


Alhamdulillah... kini cik Apple kembali tapi mungkin hanya akan tenggelam timbul dan tak aktif seperti dulu2... sebenarnya rindu jugak untuk selalu menulis entri di blog ni tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan.... ceh!! ayat semacam jet bunyi ni, cam ayat patah hati jet ahaks...

Arini cik Apple datang nak bersihkan sikit debu-debu kat umah yang dah lama tak dijengok ni. Sekadar nak cuci sikit2 jer... kemudian nanti baru cik Apple nak mengecat dinding, sapu sampah, lap lantai tapi hari ni tak sempat nak buat semua tu... ok


Salam penuh kerinduan buat semua... :-)