Tuesday, December 27, 2011

Tahlil arwah + majlis pertunangan

Salam...


Untuk entri kali ni cik Apple nak berkongsi sikit sepanjang majlis pertunangan abang cik Apple dengan wanita pilihan hatinya. Majlis pertunangan yang telah berlangsung pada 25 Disember yang lalu di Teluk Intan, Perak mengikat janji untuk disatukan InsyaAllah pada penghujung bulan 5 nanti di sebelah pihak perempuan dan di sebelah cik Apple pada awal bulan 6. Perbincangan ahli keluarga telah diputuskan dan semua sepakat dengan perbincangan yang dibuat.


Semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun kelihatan agak pening jugak kepala abang cik Apple memikirkan... tetapi InsyaAllah Allah akan permudahkan segala kekusutan selagi kita tidak melanggar perintahNya. Sedikit gambar yang dapat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.




ketibaan rombongan bertemakan warna biru





sesi bergambar setelah selesai majlis




inilah antara adik beradik cik Apple


encik Bos (berbaju hijau) + abang2 ipar + anak saudara



3 dara pingitan + 1 mak dara

dan pasangan yang diraikan.. abang cik Apple & tunangnya azua



Pada malam 24 Disember (sabtu), keluarga cik Apple mengadakan majlis tahlil arwah bonda setelah genap 30 hari pemergiannya... Sesungguhnya perasaan sedih dan sayu menyelubungi sanubari walau hakikatnya cik Apple redha dengan pemergiannya... mana tak sayunya sebab sekarang bila balik ke kampung dah tiada lagi wajah bonda di penglihatan dan tiada lagi tangan bonda yang boleh cik Apple salam dan cium... perasaan memang sangat2 berbeza dan hanya Allah saja yang mengerti.

Nota : semoga semua berjalan lancar!!

Wednesday, December 14, 2011

Ombak Rindu ~ Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku



Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku



Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung



Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku



Hanya mampu terserah

Moga cahaya tiba nanti

Saturday, December 10, 2011

Minggu sibuk!!

Salam...

Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi cik Apple. Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang minggu sehinggakan cik Apple sendiri tak sempat nak menjengah blog dan mencoret peristiwa di sebalik kejadian-kejadian yang berlangsung...

Alhamdulillah.. setelah bercuti lebih kurang seminggu menguruskan urusan arwah bonda... cik Apple kembali bertugas semula pada 2/12 (jumaat) lepas. Hanya kesedihan yang beraja di hati tak mampu diluahkan tatkala menziarahi kubur arwah bonda sebelum berangkat pulang ke Klang.. Maklumlah.. selama 29 tahun membesar dengan kelibat arwah namun, tiba2 jasadnya diambil kembali dari penglihatan cik Apple dan keluarga... kehilangan pertama dalam hidup cik Apple dan keluarga memang menyakitkan.

Syukur... majlis tahlil yang dibuat bersama keluarga (adik beradik cik Apple) pada 3/12 (sabtu) di Kg Delek, Klang berjalan dengan lancar.. majlis dimulakan dengan solat Isya' berjemaah dan bacaan Yasin + tahlil diketuai oleh abang ipar sulung cik Apple. Antara menu untuk majlis tersebut nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, sate, kuih muih.

sewaktu di meja pendaftaran peserta taklimat



mengambil kesempatan berposing bersama kawan sepejabat



sewaktu dalam dewan


Kesibukan sepanjang minggu 5hb-9hb mengurangkan sedikit sebanyak kesedihan dan Alhamdulillah... kawan2 banyak memberi sokongan. Pada 6-7hb cik Apple terlibat sebagai urusetia 'Hari Mesra BRP' dan 8hb pulak ada taklimat SBPA di Kompleks Belia & Kebudayaan dan.... bila dapat pelepasan pulang awal... cik Apple pun mengambil kesempatan tengok wayang cite Ombak Rindu bersama opismate hehehe.... tayangan 3.30pm di JJ Bukit Raja...


tiket wayang ombak rindu.... ahahaha



Nota : really miss my late mom :(

Tuesday, November 29, 2011

Salam Maalhijrah 1433Hijrah

Salam...



Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 pada 27 November 2011 (Ahad) kepada semua umat islam di Malaysia khususnya.


Maafla banyak entri tertunda dari cik Apple disebabkan mood masih tak berapa baik kebelakangan ni untuk berkongsi cerita di alam cyber. Ermm... ni baru muncul mood sikit2 untuk mencoret di blog yang dah lama tak dijenguk. Cuti awal Muharam baru ni cik Apple masih dalam mood bercuti di kampung dan tak sempat nak meng'update' blog.


Oklah... dikesempatan ini cik Apple sekali lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah kepada semua pengunjung d'apple diary's. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat membawa sedikit perubahan kepada diri kita InsyaAllah. Azam tahun baru anda??? tercapai kah??



Nota : permulaan tahun baru disambut dalam kesedihan

Monday, November 28, 2011

Doa perpisahan

Salam...

~Entri kali ni dalam mode sedih dan masih berkabung~

Memang sukar rupanya menghadapi perpisahan terakhir dalam hidup kita. Rasanya tak seperti sakit dikecewakan mahupun putus kasih. Buat cik Apple inilah perpisahan pertama selama 29 tahun bernafas di muka bumi ini. Seolah2 nyawa ingin turut serta meninggalkan alam ini tapi Allah Maha Berkuasa.

Pemergian bonda tercinta Allahyarhamah Rahmah bt Hj Said buat selama2nya pada 25/11/11 bersamaan 29 Zulhijjah 32Hijrah (Jumaat) amat menyentap seketika roh dari jasad. Panggilan telefon yang dibuat oleh kakak cik Apple pada jam 3.13pm (tgh kat opis) memang tidak dijangka "mak dah takde, cepat balik!"

Dari Shah Alam (opis) cik Apple bergegas balik ke Klang dan berkemas2 untuk pulang ke kampung di Sg. Besar... hanya istigfar sahaja yg bermain dibibir bg memenangkan emosi diwaktu itu. Alhamdulillah... kalimah ajaib itu mampu memberi semangat dan kekuatan yg diwaktu itu bagai terbang dibawa angin. Niat cik Apple hanya satu iaitu ingin sampai di kampung sebelum jenazah dibawa pulang dari hospital.

Namun... Allah tak makbulkan permintaan itu, Dia turunkan hujan sepanjang perjalanan cik Apple dari Klang ke kampung membuatkan kereta tak berani di pandu laju dan cik Apple tak boleh menangis sepanjang perjalanan kerana akan membuatkan pemandangan semakin kabur tambahan pula hujan yg lebat. Besar kuasaNya... namun Alhamdulillah cik Apple sampai dengan selamat sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang... terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Maghrib sebelum berjumpa jenazah dan membaca surah Yasin.

Dahi arwah dicium buat kali terakhir namun cik Apple tahu waktu itu tidak sama kerana arwah tidak merasainya lagi. Sepanjang malam cik Apple menemani arwah walaupun ada terlelap seketika, melihat arwah dimandikan dan dikafankan, memakmumkan solat jenazah dan turut menghantarnya ke kubur. Diwaktu itu airmata yang mengalir seolah2 teman setia kerana cik Apple tak dapat mengawalnya. Tahulah betapa lemah dan rapuhnya iman dan hati ini sebagai seorang mukmin di kala itu.

Saat ini... cik Apple tahu betapa payahnya untuk menyatakan perasaan kerinduan itu. Kerana cik Apple tahu selepas ini cik Apple takkan dapat melihat kelibatnya, tak dapat mendengar suaranya dan tak dapat mencium tangannya lagi. Mungkin ini yg terbaik buatnya dan sebagai sorg islam cik Apple pujuk hati terima dengan redha qada' dan qadar Illahi. Sekurang2nya cik Apple masih mempunyai kesempatan lagi menunaikan tanggungjawab kepada insan yg bergelar 'bapa'

Terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yg sudi mendoakan, memberi kata2 semangat dan nasihat buat cik Apple sama ada telefon, sms atau facebook. Betullah... tak semua teman ketawa boleh jadi teman dikala duka. Kepada Kak Fiza, Kak KB, Cik Mimi dan Cik Mila juga sudi datang ziarah dari jauh, kehadiran kalian cukup bermakna.

Nota : perpisahan yang takkan kembali - rindu yang sukar diterjemah

Wednesday, November 23, 2011

mari memasak!!

Salam....

Bila mood memasak kembali... inilah jadinya... atas permintaan opismate untuk sesi potluck di opis... nampak sedap kan... hehehe tapi rasanya... no komen!! kang bila puji kata masuk bakul, angkat sendiri.. ahaks!!




kek kukus asam masin ~ buruk benor rupa lapisnya hehe..


kek alunan kasih ~ versi ke berapa ntah...


Nota : bila sesi memasak kembali

Tuesday, November 22, 2011

26th Sea Games : Indonesia

Salam...





Hari ni merupakan hari terakhir Sukan Sea yang ke 26 di Indonesia. Keputusan keseluruhan Malaysia berada di tangga ke-4 dengan kutipan pingat sebanyak 190 = 59 Emas, 50 Perak & 81 Gangsa. Tempat teratas di ungguli oleh tuan rumah Indonesia di ikuti Thailand ke-2 dan Vietnam ke-3 manakala Singapura ke-5.


Cik Apple nak cite sikit berkaitan perlawanan bola sepak yang telah berlangsung malam tadi yang sememangnya mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Apa lagi keputusan yang semua sedia maklum Harimau Muda berjaya menumpaskan Garuda Muda dengan keputusan berakhir dengan sepakan penalti 4-3. Syabas dan tahniah buat semua pasukan negara!!! Aummm.... Alhamdulillah....

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011


Salam...

Semalam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Sukan Sea Malaysia lawan Myammar dan seperti semua sedia maklum pasukan negara kita telah berjaya menewaskan pasukan lawan di saat-saat akhir perlawanan dengan jaringan 1-0 dan ini bererti pasukan Harimau Muda kita akan melangkah ke final pada 21/11 ni a.k.a esok la.... berlawan semula dengan Indonesia dengan harapan dan doa diharap mereka berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara... InsyaAllah.

Harini juga cik Apple nak buat entri berhubung satu lagi tarikh cantik 20.11.2011 cantik tak??hehe... banyak jugak yang nak mengabdikan tarikh arini dalam kenangan mereka. Diharap semua bahagia dan gembira hendaknya. Amin... InsyaAllah.


Satu lagi cik Apple baru perasan yang rupa2nya ada 2 orang anak buah cik Apple yang mengambil UPSR thn ni... hehehe apa la.. dah banyak sangat anak buah sampaikan tak teringat langsung. Dan setelah di selidik dan di siasat... Alhamdulillah keputusan mereka amat membanggakan dengan kedua2nya mendapat 5A. Tahniah buat Fatin Auni & Anis Najiha... ermm... macam mana nak ingatkan sebabnya badan diorang dah sama besar dan lebih tinggi dari cik Apple tu hehehe... ingatkan dah sekolah menengah rupa2nya masih darjah 6.

Nota : sesi ucapan tahniah yang tertunggak

Wednesday, November 16, 2011

Mode : musim peperiksaan



Salam...


Musim peperiksaan telah tiba bagi pelajar-pelajar yang mengambil SPM dan STPM tahun 2011. Teringat masa zaman2 cik Apple muda2 dulu... (ek? sekarang pun masih muda lagi apa) kena pulak masa periksa SPM tu jatuh pada bulan puasa memang letih la jugak... bukan letih apa pun sebenarnya penat nak mengulangkaji bulan2 puasa tu hehe... alasan jer.


Oklah sekarang cik Apple nak cerita pasal exam yang cik Apple akan ambik esok... esok ke?? hurmm... esoklah 17/11/11 so, arini baru nak study sikit2... (sikit2 jer??!) actually minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk sikit dengan aktiviti kat opis ni... semalam baru selesai Majlis Persaraan 2011. cik Apple pun tak sempat sangat nak selak-selak buku dan cari maklumat. Arini baru nak curi masa sikit mengasah otak yang tumpul.


Nasihat orang tua-tua kalau nak periksa kena jaga pancaindera - mata, mulut, telinga dan jaga pemakanan.. insyaAllah otak cepat tangkap apa yang dibaca tapi cik Apple semua main redah jer
tak ikut pantang larang... agaknya sebab tu lah tak pernah nak lulus exam kot... hehehe. Tak pelah doakan yang terbaik untuk exam cik Apple esok ok!



Nota : Good luck cik Apple!!

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Persaraan 2011

Salam...

Harini cik Apple sedikit sibuk kerana terlibat sebagai urusetia majlis persaraan yang dianjurkan oleh opis tempat cik Apple bekerja bagi meraikan pesara2 yang telah bersara sepanjang thn 2011 ni.. Majlis ni telah berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam dan melibatkan 2 sesi sebelah pagi dan petang.

Walaupun penat tetapi kadang2 terasa seronok jugak handle function macam ni kerana dapat melihat karenah dan ragam manusia yang pelbagai ni kan... hehehe. Cik Apple tak nak tulis panjang2 korang pun mesti bosan nak baca kan.. hanya gambar sebagai kenangan terindah...

bergambar sewaktu sesi rehearsal sehari sebelum majlis



sewaktu di atas stage - dapat bergambar sebelah 'our big bos' tu!!


mencelah bergambar di sebalik kesibukan tugas

antara barisan urusetia yang gigih menjayakan majlis bergambar dengan mama cik nina posing di hadapan stagesempat berangan nak jadi pengacara majlis sekejap bergambar ala-ala dalam studio tapi tak menjadi ahaha... berehat sebentar sebelum sesi petang bermula







selepas selesai segalanya.... Alhamdulillah

Sunday, November 13, 2011

lovely sunday

Salam...

Cik Apple tak tau nak share apa untuk entri kali ni... sambil2 melayan bola Malaysia lawan Kemboja (keputusan setakat ni 3-1) teringin nak meng'update' blog yang kesunyian sejak beberapa hari ni. Sebenarnya entri kali ni bukan nak cerita pasal bola or Sukan Sea ke 26 di Palembang, Indonesia tetapi sekadar nak mengisi masa cik Apple jer.. ek?bosan kot

Sebenarnya semalam cik Apple marah dengan 'seseorang' yang macam perasan bagus sangat... kenapa terlebih emotional sangat ni? sabar... sabar... dan sebab tu jugaklah cik Apple letakkan gambar kat atas ni.... kerana ada sebabnya. Apa sebabnya.....?? cik Apple pun tak tau nak cakap macam mana lagi dengan 'seseorang' yang perasan bagus sangat... bagus ke dia? hehe... ingatkan dah settle masalah dengan dia tapi rupa2nya masih wujud lagi. Ntahla ayat apa yang cik Apple nak guna supaya dia paham pun tak tau lah... ni lah masalahnya bila bekerja satu opis dan kebarangkalian terserempak cerah sekali. Sampaikan ada kalanya cik Apple terpaksa menyembunyikan diri... ada ke?

Sejujur2nya cik Apple hanya boleh berkawan sahaja dan andai satu hari nanti cik Apple 'ter'terima dia bermakna ada 'something wrong' yang berlaku pada cik Apple dan diharap diwaktu tu ada kawan2 yang mengingatkan dan menasihati cik Apple. InsyaAllah... tak perlu memberi harapan andai rasa diri tak mampu menggalas harapan yang diimpikan dan tak guna memusnahkan harapan insan lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Nota : kawan sampai bila-bila ok!!

Friday, November 11, 2011

Raya Aidiladha 1432H

Salam....

Sekadar berkongsi kenangan sepanjang proses penyembelihan berlangsung....

Kek Kukus Asam Masin




Ayam Masak Merah



inilah lembu yang ditambat dihadapan rumah keluarga cik Apple




semasa proses untuk menumbangkan lembu






dan akhirnya berjaya ditumbangkan juga






bekerja keras!!!






siap sedia diikat sebelum sesi penyembelihan






sewaktu membacakan senarai nama peserta korban



sesi melapah kulit.... hehe.. cik Apple skip sesi penyembelihan


ambik kesempatan bergambar!!


bahagian kaki yang sedia untuk di potong



posing bersama encik bos :)











Nota : Menghayati erti pengorbanan

Thursday, November 10, 2011

cerita di hari khamis

Salam...

Pejam celik... pejam celik... dah hari khamis pun sekarang ni dan esok jumaat menjelma... hari ni cik Apple nak cerita satu peristiwa yang berlaku di opis cik Apple pagi tadi. Satu demonstrasi telah berlaku di hadapan opis cik Apple sehingga menyukarkan orang ramai yang ingin berurusan di sini. Kabarnya mereka nak berjumpa dengan Pengarah nak bagi memorandum bantahan yang telah siap ditandatangan.

Cerita sebenar masih belum diketahui sehingga saat entri ini ditulis... eh.. taip. Alhamdulillah... demontrasi berlaku dengan aman dan tidak memakan masa yang lama.

Nota : kalau terlalu fanatik pun boleh mengundang bahaya

Monday, November 7, 2011

Bersiaran dari kampung

Salam...

Tetiba lak cik Apple dapat bersiaran dari kampung halaman macam tak percaya bila line maxis ni ok dan laju.. (promote nampak....ceh!! biasa jgn harap maxis nak dpt line clear camni) oklah untuk entri kali ni cik Apple tak dapat nak post lagi cerita di sebalik episod raya haji sebab tak transfer gambar lagi... nanti tak suprise lak... hehe almaklumlah semenjak d'appLe diary's ni di intai oleh pengunjung2 misteri cik Apple kena la lebih berhati2.

So, di malam yg sunyi dan hening ni cik Apple nak share cerita skit... kali ni topik 'kawin sponsor'. Wow!! tajuk macam sedap je dengar kan.. (sedap??kalau boleh makan dah kunyah 100 kali) ermm... sangat jelessss sebenarnya ok! tak pelah mungkin rezeki dia di sponsor dari bertunang ke kawin dari hantaran ke majlis kawin... (dalam nada cemburu tau) Fuhh!! full package tu tak payah keluar duit sesen pon. Rasanya baru ni pun cik Apple ada buat entri pasal kos kawin ni.

Kalau cik Apple di tempat tu 10 kali kawin pun xpe... hehe... ada ke? gurau je kalau dah 10 kali kawin tu alamatnya xde sape la yang nak sponsor. Siapakah gerangannya orang yang bertuah tu ye... tak payahlah nak buat statment kat sini cuma cik Apple nak ucapkan tahniah kepada beliau yg akan melangsungkan perkahwinan pada 17/12/2011 ni. cik Apple mogok tak nak pegi boleh??

Nota : cepat2 cari calon kalau cik Apple pun nak di sponsor... ada ke?? hurmm :(

Saturday, November 5, 2011

Selamat pulang ke kampung

Salam...

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti. Ishh... sempat lagi membuat entri sebelum berangkat pulang sebentar lagi... adios....

Selamat pulang ke kampung halaman
&
berhati-hati di jalan raya!!
pandulah dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang

Nota : berkobar-kobar untuk tiba ke kampung halaman dengan selamat

Friday, November 4, 2011

Raya dan erti pengorbanan


Salam....

Selamat Hari Raya Aidiladha... opss!! terawal ke cik Apple wish ni tak pelah kan... sebab esok cik Apple dah nak berangkat pulang ke kampung halaman ter'chenta' dan memandangkan lepas ni tak dapat nak jenguk kat blog ni untuk beberapa hari dan ketika so, cik Apple pun buatla entri ni in advance ok..

Bagi cik Apple raya korban/haji/aidiladha sesuatu yang sangat istimewa disebabkan kita turut sama2 meraikan umat islam yang menunaikan haji di tanah suci ketika ini dan bersiap sedia untuk melontar di ketiga2 jamrah pada 10, 11, 12 & 13 Zulhijjah... Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail juga berlaku pada hari raya ini.

Cik Apple dan keluarga tidak terkecuali untuk sama2 melakukan ibadah korban pada tahun ini. Alhamdulillah... ada rezeki lebih kita kongsi bersama2 kan... nanti cik Apple buat entri khas sepanjang proses Encik Bos anak beranak dan cucu cicit melaksanakan kerja-kerja mengorbankan seekor lembu di rumah kami... ok jumpa lagi di entri akan datang.


Nota : Salam lebaran Aidiladha...

Wednesday, November 2, 2011

Mahalnya kos!!!


Salam...



Untuk entri kali ni cik Apple nak kongsi berkaitan kos/perbelanjaan/budget sesebuah majlis perkahwinan yang terpaksa dikeluarkan. Ermm... maklumlah dah nak masuk musim cuti persekolahan bulan 11 dan 12 ni... berderet2 la yang nak menamatkan zaman bujang dan cik Apple pun ada menerima jugak jemputan tapi setakat ni jemputan masih tak menggalakkan memandangkan masih awal lagi kot untuk edaran...



Antara senarai keperluan wajib atau perbelanjaan asas yang harus diteliti oleh bakal2 pengantin baru untuk sesebuah majlis perkahwinan yang dinyatakan dalam setelkahwin.com termasuklah:

-kursus kahwin

-mas kahwin

-wang hantaran

-upah jurunikah atau tok kadi

-barang hantaran

-gubahan hantaran

-cincin atau barang kemas lain

-pelamin

-baju pengantin

-kad kahwin ~ sekarang jemputan byk guna internet

-kenduri/jamuan

-khemah dan kelangkapan lain

-juru gambar

-hiburan (kompang) ~ optional

-honeymoon ~ optional

Ada banyak rujukan lain tentang persediaan perkahwinan ni tapi cik Apple malas nak ulas lanjut kena rajin cari kat web antaranya http://www.syokkahwin.com/ dan http://www.maskahwin.com/. kepada bakal2 pengantin kenalah buat persediaan dari awal untuk mengelakkan stress ok... jangan plan last minute!!


Sabtu lepas semasa cik Apple menemani cik Mimi men'survey' barang hantaran perkahwinan beliau pening jugak menengok kos untuk setiap barang yang nak dibeli... antara yang di survey handbag, kasut, jam, perfume dan cadar pengantin. Peringatan kepada bakal pengantin... walaupun kahwin hanya sekali seumur hidup tapi janganlah sampai membebankan dan menanggung hutang keliling pinggang. Majlis yg hanya makan masa 2/3 hari tapi terpaksa menanggung hutang bertahun2... perancangan tu penting!


Nota : perbelanjaan berhemah :)

Tuesday, November 1, 2011

Cantik tarikh kan...

Salam...

Hari ni dah masuk bulan November... pejam celik.. pejam celik.. dah tinggal 2 bulan lagi sebelum masuk ke tahun 2012. hurmm.................. panjangnya cik Apple mengeluh kenapa ek?? mungkin azam 2011 cik Apple belum sepenuhnya tercapai. Normal la kan tak semua azam yang kita buat akan tercapai sepenuhnya. Dan yang pasti tahun depan usaha lagi ok. chaiyok!! chaiyok!!

Semasa ralit menulis cik Apple baru perasan tarikh hari ni cantik jugak kan.. kan.. dalam bulan November ni ada banyak tarikh2 yang cantik selain tarikh harini dan ramai orang yang berebut2 nak mengabdikan memori dan kenangan terindah especially perkahwinan pada tarikh2 yang cantik ni antaranya harini 01.11.11, 11.11.11 dan 20.11.2011. cik Apple pun ada terniat jugak tapi apakan daya hajat tak kesampaian... InsyaAllah akan datang kot hehehe... Amin...

Nota : cik Apple nak pilih tarikh mana nanti ek??

Monday, October 31, 2011

Mode : isnin??

Salam...

Selamat hari isnin semua dan selamat berpuasa buat cik Apple... wah!! nampak macam ceria dan gembira jer cik Apple arini... ek? yeke? dalam hati hanya cik Apple jer yg tahu kan. Ermm... mimpi apa la malam tadi ni kan ahaks. apa ek? ahaha.... someone special kot ngeee... Syhhh!! no komen ok!
Oklah entri kali ni nak cerita pasal kuih yang cik Apple buat semalam... kira 2nd trial la, yg 1st trial cik Apple buat masa cuti depavali baru ni tapi tak berapa menjadi bagi cik Apple. mungkin tak sepenuh hati masa buat tu kot. kali ni cik Apple buat dengan penuh kasih dan sayang dan alhamdulillah... agak menjadi dan mendapat pujian. Alhamdulillah boleh buat lagi pasni. resepi tengok kat yummylicious-jun.blogspot.com ye... dan hasilnya seperti gambar kat bawah ni

Kek Alunan Kasih yang beralun
cantik tak? opss!! patutnya tanya sedap tak? hehe..


Cik Apple juga nak ucapkan tahniah buat pasukan N.9 yang telah menjuarai Piala Malaysia sabtu lepas dengan keputusan 2-1. ermm.. ramalan cik Apple tak menjadi la pulak almaklumlah bukan ahli nujum bertauliah kan... pape pun terengganu tetap best!!


Nota : jom layan - Penghujung cintaku by Pasha & Adelia

Saturday, October 29, 2011

Mode : keliru - Terengganu vs N.9

Salam...

Malam ni perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan... Siapa yang korang sokong?? of course la Selangor kan... Cik Apple kan anak kandung merangkap anak jati selangor... Hidup Selangor!!! chaiyok! chaiyok! Aik!! biar betul cik Apple ni kan, selangor mana lawan malam ni da... hehe.. sori ter over excited plak..

Oklah... antara tganu atau n.9, bagi cik Apple seteleh menilik, menimbang, menambah, menolak, mendarab dan bahagi (erm... banyak betul calculation nya kan) cik Apple mestilah memilih pasukan tganu... ganu kita!! hehe... kenapa??

Sebabnya cik Apple suka terengganu... of course la dulu cik Apple pernah belajar kat tganu selama 3 tahun tu... wah! seronok & yg best ada kepok lekor... nyum... nyum... seedap. Ramalan cik Apple tganu boleh menang 2-0 malam ni. papepun kita tengok ramalan cik Apple kali ni menjadi ke tak... ek? sejak bila tukar status ahli nujum ni.. wink*wink*

Walau pasukan mana pun yg menang malam ni, diharap perlawanan dapat berjalan dengan lancar hendaknya... Insya Allah

Nota : Selangor tetap dihatiku :)

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah

Sebutir mutiara seindah wanita:

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA...

Thanks to my friends Amizah... izinkan kongsi bersama

Monday, October 24, 2011

Dapat hadiah...

Salam...

Cik Apple dapat hadiah... yeahh!! jangan jeles ye.. hehe sape yang bagi agak2nya ye.. Pendekkan cerita hari sabtu lepas cik Apple jumpa kawan lama. mula2 plan nak jumpa kat midvalley tp punyalah ramai orang kat ktm so, masa nak change kat kl sentral kitorang decide tak jadi nak ke midvalley jumpa kat kl sentral jer... dia nak berangkat ke Abu Dhabi ikut husband dia mungkin makan masa beberapa tahun di sana. cik Apple memang dah lama sangat tak jumpa dia since 2006 tu yang kali ni tak sampai hati nak menolak permintaan dia untuk berjumpa sebelum dia berangkat ke luar negara.


Ni la hadiah dari kawan baik cik Apple aka kawan sebilik masa belajar di UPM dulu... dia kata ni merangkap hadiah konvo cik Apple + hadiah besday. Siap belanja makan lagi tu.. Thanks zuha!!




comel tak?? cumel kan kan...




Ni plak coklat ada orang bagi kat opis. Rezeki cik Apple ni kadang2 murah sikit ramai yang baik hati. dia kata coklat ni dari england... ntah ye ntah tak cik Apple tak tau la kan sebab masa kat kl sentral hari tu cik Apple pun ada nampak coklat ni di jual kat kedai... coklat galaxy je tau yang dia bagi yang lagi dua tu sebagai perhiasan je yang tu cik Apple yang beli kat malaysia jela hehehe...


Nota : murah rezeki