Thursday, December 30, 2010

Becoming 2011

Hai... Assalamualaikum wbt...
Tahun 2010 sudah hampir ke penghujung dan tahun 2011 menjengah tiba....setahun sudah berlalu dan berbagai-bagai pahit getir, asam garam, masam manis kehidupan yang telah dilalui oleh cik Apple....namun, segalanya telah pun dihadapi dengan ketabahan, kesabaran dan kegembiraan....
Moga kehadiran tahun baru 2011 membawa 1001 kehidupan baru buat cik Apple....insya Allah
Amin..

Friday, December 17, 2010

Disember yang serabut

Banyak-banyak bulan....bulan disember yang paling serabut dan minggu ni yang paling memenatkan cik Apple.... 2kali berulang alik dari kg sebab masih dalam proses nak ubat ibu tercinta yang tak sihat...

untuk ibu... terpaksala rela berkorban. mudah2 my mom cepat sembuh... insyaAllah...Amin

Jemputan kawin pulak janganla citer time cuti sekolah nie... sampaikan ada yang siang2 reject xnak pegi sebab jauh dan ada dua jemputan lain hari yg sama...sori sgt2 kepada pasangan syuk n aisyah kerana xdpt hadir majlis kalian nun di terengganu. ni xmasuk dengan jemputan kawan bertunang, besday anak n etc... aritu masa otw balek kg siap kira khemah pengantin kat tepi jln punyala byk... tu baru yg kat tepi jln klang-sg besar.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Selamat pagi dan selamat menyambut tahun baru hijrah 1432
semoga tahun ini memberi seribu satu kenangan terindah
amin...
Cuti awal muharram nie cik Apple tak de aktiviti lain. so buat lagi apam pelangi... tp kali ni xpelangi sangat la.. 2 colour jer..
Apam pelangi biru vs kuning... tengahari pulak big brother cik Apple datang bawak pesanan coklat semasa keberangkatannya ke Langkawi... apalagi melantak la anak buah cik Apple coklat ni... nasib baik sempat disimpan sedikit sebelum licin dikerjakan budak2 nie... my feberet choc

Friday, December 3, 2010

Apam pelangi

Semalam petang cik Apple buat apam pelangi.... ni semua gara-gara pengaruh lepas tengok rancangan nona kat tv3 ahad lepas... tak sabar nak tunggu weekend nak buat apam ni...

Search punya search kat internet... majoriti resepi apam ni guna gram.... alamakk.... manala cik Apple ada timbang kat umah ni... tanya punya tanya... nasibla ada member opis yang sudi kasi pinjam timbang umah dia... hehehe.... hasilnya... dapatla cik Apple buat apam pelangi ni semalam... yummy...nyum... anak buah punyala excited nak rasa coz colour dia menarik. kalau pekena dengan kelapa mesti lg best dan terangkat.

Hasilnya kuih apam setelah siap dimasak... kat tengah tu basah sebab cik Apple xtutup penutup kukus dengan kain... (rajin sangat..)
Siap untuk dimakan... anak buah cik Apple cakap nak makan 'kuih sedap' dan sorang lg cakap nak 'kuih cantik'... kembang cik Apple... walhal colour kuih ni jer yang menarik... huhuhu

Thursday, December 2, 2010

Salahkah memilih...??

Setiap insan inginkan yang terbaik dalam hidup....sama ada kerjaya mahupun keluarga. Begitu juga kisahnya dengan cik Apple...tapi cik Apple sedar kita hanya merancang Allah yang menentukan dan tak setiap insan akan dapat apa yang mereka inginkan..

Bagi cik Apple mungkin belum tiba jodoh yang dinanti-nantikan...dah puas berdoa dan berusaha namun suratan masih belum tiba... cik Apple redho namun ada sesetengah insan yang tak memahami keadaan dan situasi cik Apple... tak pelah mungkin perjalanan hidup mereka telah dipermudahkanNya dan tak sesukar perjalanan hidup yang telah dilalui cik Apple..

Salahkah kita memilih?? sedangkan bila nak membeli barang di pasar pun kita akan pilih yang terbaik inikan pula pasangan hidup....bak kata orang 'kalau nak pilih biarlah berpada' dan 'ukur baju dibadan sendiri'... kita pun kenalah sedar siapa diri sendiri kan... 'Jangan terlalu inginkan insan yang sempurna kerana insan yang sempurna itu tak mungkin sempurna buat kita'.... bak kata mat saleh..'nobody perfect' kan ahaks.